Seperti yang sedia maklum, baru-baru ini selebriti popular Neelofa telah mengerjakan ibadat haji di Mekah. Tidak keseorangan, malah Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Binti Mohd Noor telah ke kota suci itu bersama-sama ahli keluarganya biarpun pada mulanya mengalami sedikit kesulitan sebelum berangkat ke sana.

Dijangkiti Wabak Influenza A 

Terbaharu, terdapat satu perkhabaran yang menyedihkan dimana Neelofa yang baru sahaja pulang dari sana disahkan telah dijangkiti wabak Influenza A. Perkhabaran itu telah dikongsi oleh Neelofa menerusi laman Twitter nya yang difahamkan telah dimuat naik oleh wakil pengacara MeleTOP itu.

Enggan Bertemu Sesiapa 

Dalam kenyataannya itu, Neelofa memaklumkan bahawa dia telah dinasihatkan oleh doktor untuk dikuarantin selama seminggu dan memohon maaf kerana terpaksa membatalkan semua temu janji yang telah dibuat dalam minggu ini.

Tambah Neelofa lagi, dia juga terpaksa menolak semua permintaan rakan-rakan, pelanggan ataupun sesiapa sahaja yang ingin menziarahinya atas faktor berjaga-jaga. Neelofa mengharapkan agar peminat dan semua kenalan dapat mendoakan kesihatannya pulih seperti sedia kala dan dapat kembali pada minggu hadapan. Semoga cepat sembuh Neelofa!