Semalam, usahawan kosmetik terkenal yang juga penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri telah melancarkan satu lagi single terbaharu nya berjudul Cowok Baru . Dalam single ini, Aliff telah berduet bersama penyanyi Indonesia Upiak Isil dan Lucinta Luna serta memperkenalkan kekasih Lucinta, Ash sebagai penampilan khas.

Trending Di YouTube

Berdasarkan carian kami di laman YouTube, kurang dari 24 jam single itu  telah ‘trending’ dan menduduki tangga kelima secara keseluruhan dengan capaian terkini mencecah lebih dari 200 ribu tontonan. Namun begitu, single Cowok Baru ini tetap mendapat kritikan hebat dari netizen sehingga mendapat undian ‘unlike’ lebih tinggi di platform itu.

Aliff Sedih

Menerusi laman Instagram nya, Aliff telah memuat naik satu posting video terbaharu nya yang menyatakan rasa sedihnya terhadap tanggapan netizen. Menurut Aliff sedih dan terkilan kerana telah mencuba sehabis yang baik dan tidak menampilkan sebarang tarian yang menghairahkan dalam klip video namun tetap dikritik hebat oleh netizen.

“Cuba ambil yang positif buang yang negatif abang cuba buat yang terbaik tak ada sebarang tarian yang menggairahkan malah abang dah cuba memuaskan hati semua pihak tolong jangan buat provokasi tolong hargai bakat abang”

View this post on Instagram

trending youtube..abang tak sangka kenapa tak sampai 5jam abang posting di YouTube lagu terbaru cowok futuring g @lucintaluna dan @upiak_isil_official.. dan kemunculan khas penampilan khas @ashgreyz … malah abang pelik sangat-sangat kenapa?? kalau tengok tolonglah picit button like bukan unlike??? . . abang merayu sangat-sangat siapa dah dengar lagu terbaru abang sila komen di bawah komen jujur daripada hati bukan daripada hawa nafsu..Cuba ambil yang positif buang yang negatif abang cuba buat yang terbaik tak ada sebarang tarian yang menggairahkan malah abang dah cuba memuaskan hati semua pihak tolong jangan buat provokasi tolong hargai bakat abang-abang dah penat berusaha untuk jadi yang terbaik🙏🏻🙏🏻🙏🏻 . . .. malah syukur alhamdulillah hari ini juga adalah hari yang sangat bertuah buat abang ini kerana abang telah menjadi artis rakaman @datuentertainment .. paling berpengaruh dimalaysia dikiri kanan abg adalah bos syarikat nama dia @hadi_rumnan dan seorg lagi yg handsome tu ig di @r.amin93 .. . insya-Allah lagu ini akan meletop di Asia Tenggara termasuk Thailand Indonesia dan juga pilipin doakan abang berjaya dan lagu cowok baru ini menjadi trending dan menjadi pilihan anda di semua platform digital.. yg diruruskan oleh @datuentertainment syarikat rakaman no1 paling terbaik.. follow jee ig @datuentertainment nak tngok lagu meletop di malaysia dan indonesia..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Rata-rata netizen beranggapan biarpun single kali ini lebih bagus berbanding empat single nya terdahulu, namun mereka tetap ingin memboikot single itu kerana menampilkan Lucinta dan kekasihnya yang mencetuskan kontroversi kerana status jantina mereka yang dikatakan berhaluan LGBT.

Bakal Dipasarkan Ke 50 Stesen Radio Indonesia 

Biarpun begitu, Aliff bersyukur kerana dia secara rasminya telah menjadi artis syarikat rakaman Datu Entertainment. Sebagai info, klip video lagu ini telah dijalankan di Jakarta, Indonesia dan telah diarahkan sendiri oleh Aliff.

Malah, pihak DATU Entertainment telah membuat perancangan untuk memasarkan lagu ini ke 50 stesen radio Indonesia selain akan mengadakan pelancaran lagu ini di Jakarta tidak lama lagi.