Sebelum ini, pelakon Datin Diana Danielle menerusi perkongsiannya di laman Instagram mendedahkan bahawa dia telah diserang anxiety yang agak teruk sehingga sukar bernafas. Malah dalam videonya itu kelihatan Diana turut menangis mengalirkan air mata kerana serangan tersebut.

Liza Rafar Diserang Anxiety Kali Ketiga 

Terbaharu, perkara yang sama juga terpada pada kakak pelakon dan penyanyi, Linda Rafar yang diserang anxiety buat kali ketiga. Kongsi Linda di halaman Instagramnya, serangan ini lebih teruk berbanding dahulu malah ianya merupakan serangan ketiga pada kakaknya yang juga pelakon, Liza Rafar berlaku dalam masa seminggu.

“Hanya diri ini dan Allah…Hanya Dia maha penyembuh…Syukur jiran teman-teman kakak saya sempat angkat dan bawa ke emergency wad”

Menurut Linda, dia bersyukur kerana jiran-jiran kakaknya sempat membantu dan membawa kakakknya ke wad kecemasan. Tambah isteri kepada Syed Aiman ini, dia tidak menolak terlalu tertekan dan penat antara punca mengapa ianya boleh terjadi

Keadaan Masih Lemah 

Bagaimanapun, keadaan Liza kini sudah stabil biarpun masih lemah dan sedang berehat di rumah adik mereka, Diana Rafar.

“Mohon kawan-kawan doakan kakak Linda diberi semangat kembali, kekuatan, sihat yg berterusan dan dijauhi dari segala gangguan.

“Jika ada yang tau di mana tempat yang bagus untuk berubat boleh tinggalkan nombor telefon di ruangan komen,”

View this post on Instagram

Pls pray for my sis @lizarafar 1Hyper ventilation /#anxiety attack buat kali yg ke 3 lebih teruk dari yg pertama dan kedua dalam masa seminggu. … MasyaAllah .. xdpt nk bayangkn ia berlaku tanpa kita duga… Kebas kaki tangan dan kepala selama sejam sehinggakn sukar utk bergerak…jantung yg berdebar dan nafas yg sukar.. Yg hanya ada cuma dlm fikiran dia mengucap shahadah, Hyper ventilation /#anxiety attack buat kali yg ke 3 lebih teruk dari yg pertama dan kedua dalam masa seminggu. … MasyaAllah .. xdpt nk bayangkn Kebas kaki tangan dan kepala selama sejam sehinggakn sukar utk bergerak…jantung yg berdebar dan nafas yg sukar.. Yg hanya ada cuma fikiran yg blh lg berfikir dan mengucap shahadah berpuluh kali… Hanya diri ini dan Allah.. Hanya DIA maha penyembuh.. Syukur jiran teman2 my sis sempat angkat dan bawa ke emergency wad..🤲🏻 Kdg kita xsangka apa yg blh berlaku pada tubuh badan kita bila kita terlalu stress, penat, tak jaga makan yg quality dan mengikut waktu, tiada exercise yg betul…semua adalah sebab #hyperventalation #hyperventalating Nak baik sgt la lama… Sehingga hrni akak masih lg lemah dan berehat di rmh adik @dianarafar Yg menjaga mkn minum… Dan tqsm pd adik beradik yg lain usaha rawatan alternatif dan urutan tradisional dan bekam … Love u sister n brother @zainita04 @lindarafar @asilah_rafar @dianarafar @abyzarina /ai yg sudi menjaga…mohon kwnkawan doakan kakak linda diberi semangat kembali, kekuatan, sihat yg berterusan dan dijauhi dari segala gangguan… Aamin Hrni baru dpt update keadaan ini kerna ramai yg mesej n dm.. #alhamdulillah #allahthegreatest #allahwithus #pray #zikirullah Mohon ampun yaAllah Sesungguhnya Engkaula maha penerima taubat… Engkaula yg maha mengetahui.. berpuluh kali… Hanya diri ini dan Allah.. Hanya DIA maha penyembuh..Jika ada yg tau kat mne tempat yg bagus utk berubat bole tinggalkan no di bawah ruang comment🤲🏻

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Di kesempatan itu, Linda turut mengharapkan agar semua peminat dan kenalan dapat mendoakan yang terbaik buat kakaknya selain meminta pendapat mereka mengenai alternatif lain untuk mengubati keadaaan Liza itu.