Barangan dari jenama mewah tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan para selebriti. Tak kira artis dari dalam dan luar negara mesti menggunakan salah satu produk dari jenama mewah terkemuka untuk menunjukkan identiti dan gaya hidup mereka.

Harga bukan menjadi persoalan, bahkan ada yang mencapai ratusan ribu ringgit. Walaupun harganya terlalu tinggi, bukan menjadi masalah untuk para selebriti untuk membelinya sebagai ganjaran dari duit hasil titik peluh sendiri.

Berikut kami akan berkongsi empat jenama mahal yang paling kerap digunakan oleh barisan selebriti di Malaysia.

1Balenciaga

Jenama fesyen terkenal Balenciaga ditubuhkan pada tahun 1919 oleh artis Cristóbal Balenciaga dari rantau Basque Sepanyol dan merupakan salah satu jenama yang paling berpengaruh dalam industri fesyen. Jenama kini dikawal oleh Gucci, anak syarikat Kumpulan Kaiyun Perancis. Beberapa selebriti tanahair yang terlihat memakai kasut dari jenama ini seperti Neelofa, Awal Ashaari dan Uqasha Senrose.

2Dior

Christian Dior SE yang dikenali sebagai Dior, adalah sebuah syarikat barang mewah Eropah yang dikendalikan dan diketuai oleh pengusaha Perancis Bernard Arnault, yang juga mengetuai LVMH – kumpulan mewah terbesar di dunia. Dior sendiri memegang 42.36% saham dan 59.01% hak dalam LVMH.

Sejak 70 tahun, Dior telah berjaya menjadi salah satu jenama fesyen yang paling diminati oleh wanita masa kini, sama halnya di Malaysia, ramai artis yang terlihat menggunakan berbagai fesyen item dari Dior seperti Rozita Che Wan, Ummi Nazeera, Siti Saleha dan ramai lagi.

3Fendi

Adele Casagrande sebagai pengasas yang berjaya menjadikan Fendi sebagai jenama mewah yang dikenal di seluruh dunia yang bermula pada tahun 1918.

Di Malaysia mahupun di Indonesia sendiri berbagai barang dari jenama Fendi laku keras di kalangan para artis bermula dari busana, beg tangan hingga kasut. Fesyen item bejenama Fendi sendiri dijual dengan harga sehingga ribuan ringgit. Antara selebriti terlihat memakai beg tangan dari jenama Fendi seperti Neelofa dan Scha Alyahya.

4Gucci

Nama Gucci tidak perlu diperkenalkan lagi, jenama ini sudah terkenal di seluruh dunia. Jenama fesyen yang berasal dari Itali ini diasaskan pada tahun 1921, adalah sinonim dengan reka bentuk yang indah dan piawaian kualiti yang sempurna. Beberapa beg Gucci yang terkenal adalah Gucci Snaffle Bit Small Leather Shoulder Bag, Gucci Mouse Purse, Gucci Madison Ostrich Tote. Antara selebriti yang meminati jenama ini seperti Zahirah MacWilson dan Fasha Sandha.

Barang Jenama Mewah Dengan Diskaun Sehingga 70% di Bicester Village?

Bicester Village. (Kredit Foto: Pinterest: Mandy Meidi)

Kepada yang gemar melancong hingga ke negara-negara di Eropah, mungkin ramai yang tak tahu, kebanyakkan ‘High End Brand’ ini boleh dibeli dengan harga yang lebih murah dengan potongan diskaun sehingga 70%.

Peluang keemasan ini anda dapat nikmati sekiranya anda berkunjung Bicester Village di kota London.  Bicester Village yang terletak di Oxfordshire berhampiran dengan London. Di sini Gucci, Balenciaga, Fendi dan pelbagai lagi jenama anda boleh temui.  Terdapat sekitar 160 kedai yang beroperasi di sini. Boleh rambang mata dibuatnya!

Selain daripada jenama-jenama mahal terdapat juga jenama mampu milik seperti Cath Kidston, Burberry, Tag Heuer dan lain-lain lagi.

Dipetik dari Travel and Leisure, kawasan ini telah dikunjungi oleh 6.4 juta pelancong sepanjang tahun lalu. Jumlahnya melebihi daripada pelancong yang melawat tarikan sejarah seperti Stonehenge, Menara London, dan Muzium Tate Modern.

Jom Bercuti ke Kota London?

Bagi yang berkemampuan untuk mengambil pakej pelancongan ke kota Eropah, salah satu kelebihannya, anda tak perlu pening kepala fikir nak naik apa, tinggal di mana, dan menjimatkan masa.

Pakej Pelancongan 5 Hari 4 Malam ke ‘London Experience’ yang ditawarkan oleh Sedunia Travel ini bukan saja memudahkankan perjalanan anda, tetapi mereka menawarkan Kad Jemputan VIP Istimewa yang membolehkan anda menerima  Diskaun Tambahan di Bicester Village. Yang pasti lebih berbaloi-baloi membeli-belah di sini!

Sedunia Travel sebuah syarikat pelancongan yang sangat berpengalaman menawarkan pakej pelancongan sejak tahun 1976 di seluruh Asia dan kini ke Eropah.

Selain berkunjung ke Bicester Village di kota London, banyak lagi pilihan pusat membeli-belah ‘High End Brand’  untuk dikunjungi  di kota Eropah seperti di Paris, Milan dan sebagainya.

Jom kita lihat antara pakej pelancongan di negara-negara Eropah yang ditawarkan oleh Sedunia Travel dengan harga yang berpatutan termasuk tambahan 10% diskaun untuk setiap tempahan. Klik di pautan.

Untuk yang ‘kaki shopping’ tu, bagi kami pakej-pakej ini sangat sesuai untuk anda yang gemar berbelanja sakan membeli barang-barang berjenama. Malah lebih jimat kerana anda diberi keisimewaan mendapat  diskaun tambahan. Tunggu apa lagi, jom tempah sekarang!