Cukup bertuah buat mereka yang bergelar ‘anak merdeka’. Manakan tidak, tarikh 31 Ogos pasti disambut meriah dengan Hari Kebangsaan dan hari lahir mereka.

Seth Uwais Permata Hati Shila Dan Suami

Mungkin perasaan teruja itu turut dikongsi oleh dua penyanyi popular tanah air ini iaitu Shila Amzah dan vokalis Sakura Band, Mell yang telah selamat bersalin melahirkan cahaya mata sulung masing-masing pada 31 Ogos baru-baru ini.

View this post on Instagram

Syukur Alhamdulillah, sha selamat melahirkan our first baby malam tadi pada 31 August 2019 (jatuh pada Hari Merdeka dan Awal Muharram) , jam 11.43, secara emergency c section, seberat 2.88kg❤️ Sha dan Haris sangat terharu dengan semua ucapan dan doa semua.. Terima kasih banyak🙏 Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT diatas limpah kurniaNya dan rezeki.. Memperkenalkan.. Seth Uwais Bin Haris Idraki 👶🏻💙 Sekarang sha di nasihatkan utk berehat oleh doctor setelah 55 jam 43 minit sha berada dalam labour..Doakan sha cepat sihat ya? Sorry tak dapat balas semua, tapi sha Dan Haris hargai sangat2 ❤️ #alhamdulillah #babyboy #Augustbabies #merdekababy #SethUwais Btw ada yang Tanya sha punya EDD, supposedly 19/09/2019 tapi dia nak keluar awal 😁

A post shared by 씰라茜拉shila amzah🇲🇾 (@shahilaamzah) on

Menjengah ke laman Instagram Shila, penyanyi yang popular menerusi lagu Patah Seribu ini telah melahirkan seorang cahaya mata lelaki pada pukul 11.43 malam menerusi kaedah pembedahan. Bayi lelaki seberat 2.88 kilogram itu telah dinamakan Shila dan suami, Haris Idraki sebagai Seth Uwais.

View this post on Instagram

Assalamualaikum semua, sorry sangat tak dapat balas msg satu2.. Sha baru dapat baca semua ni.. Batu dapat nak jalan Sikit2 as I've been on drugs these few days kan 😊 Alhamdulillah Seth is a healthy baby boy.. Sha just tak dapat nak bf betul2 lagi sebab c section ji Sgt tak selesa nak bf.. Hari ni gagahkan diri juga utk bangun.. Keluar kan Segala tiub from my body.. Kalau ada tips on post c section boleh la Korang share dgn sha Korang punya experience 🙏 Anyways banyak orang Tanya kenapa sha kena emergency c section, actually disebabkan oleh sha failed utk dilate sampai habis walaupun dah Di induced, first kita try prostin, then the next day kita try foley balloon.. Then lepas air ketuban pecah, kita try Pitocin that night.. And I've been contracting tinggi sangat2.. Before amek Pitocin sha buka 4cm je so me and haris decided to take epidural (it was amaaaaazinggggg) doctors and nurses kat HUKM ni semua sangat bagus.. Tak sakit Sgt pun bila jarum tu masuk kat belakang, Doctor ckp dengan sha supaya duduk, peluk bantal and jangan gerak.. So I didn't move at all.. Bila ubat masuk, you'll get a tingling feeling macam kena mild electric shock.. Then I started to feel numb from my lower back, lower abdomen, sampai la kaki.. Honestly after days of contractions sha rasa relieved Sgt bila dapat epidural tu.. (sambungan kat comment bawah)

A post shared by 씰라茜拉shila amzah🇲🇾 (@shahilaamzah) on

Berkongsi pengalamannya sepanjang bersalin, Shila turut mengucapkan terima kasih atas ucapan serta doa yang telah dititipkan buat dia dan anaknya itu selain bersyukur segala urusan bersalin telah dipermudahkan biarpun terpaksa jalani pembedahan.

Mell Selamat Lahirkan Seorang Bayi Perempuan 

Bagi Mell pula, penyanyi ini telah melahirkan seorang bayi comel perempuan di Hospital Andorra pada jam 1.07 tengahari.

Mell yang telah berkahwin dengan salah seorang anggota kumpulan 6ixth Sense, Wan telah menamakan anak sulung mereka itu sebagai Marissa Sofea bt Mohammad Safwan seberat 3.00 kilogram.

Dalam perkongsiannya di laman Instagram, Mell juga bersyukur selain mengucapkan terima kasih kepada doktor dan pihak hospital yang telah membantu urusan bersalinnya. Mell dan Wan telah berkahwin pada 24 November 2017 manakala Shila Amzah telah selamat diijabkabulkan dengan Haris Idraki pada 19 April 2018. Tahniah diucapkan buat Shila dan Mell sekeluarga dari kami di Hangat.com!