Sebelum ini, penyanyi rap popular, Caprice telah berkongsi pandangannya mengenai sahabatnya yang juga penyanyi dan komposer, Zynakal yang dikatakan terkena ‘sesuatu’. Menurut Caprice, dia tidak menolak gangguan makhluk halus atau sihir antara punca Zyn berkelakukan kasar seperti yang dilaporkan pihak media sebelum ini.

Jumpa Pelesit Di Rumah 

Terbaru, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memuatnaik sebuah posting di laman Instagram nya. Perkongsian sebuah video itu ternyata mengejutkan apabila terlihat seekor belalang yang dipercayai masyarakat melayu sebagai pelesit telah mati bersama beberapa helaian rambut di halaman rumahnya. Percaya ianya perbuatan sihir khianat seseorang, Caprice telah memberi amaran kepada pihak tersebut untuk memohon maaf kepadanya dalam tempoh masa 48 jam.

View this post on Instagram

Yo lain kali nak hantar barang, hantar yang ade tanduk lah.. you better pray to the devil that i dont find you. 🐅 RM30,000 cash reward for the person who can identify: 1. The bomoh 2. And the person who paid the bomoh. P.S- guys im so sorry for not being like my usual self lately. Caprice jarang ambik port pasal bende spiritual / hantu / sihir semua ni. But lately, so much weird shit have been happening around me and my friends. Caprice baru balik dari tengok movie tibe2 jumpe a dead pelicit macam terbakar with rambut coming out from the body. Im tired bro. I dont know what to believe. I just want answers. And then i also want to slap the person behind this before letting God handle the rest. 🐅

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Jelas penyanyi ini, dia jarang sekali untuk percaya akan perkara-perkara tersebut, namum memandangkan terdapat beberapa perkara aneh yang terjadi padanya dan rakan-rakan terdekat, dia percaya ada pihak yang tidak berpuas hati dengannya selama ini

“Caprice jarang ambik port pasal bende spiritual,hantu,sihir semua ni. But lately, so much weird shit have been happening around me and my friends. Caprice baru balik dari tengok movie tiba-tiba jumpa a dead pelicit macam terbakar with rambut coming out from the body. Im tired bro. I dont know what to believe. I just want answers”

Tawar Ganjaran 

Berang dengan kejadian tersebut, Caprice turut menawarkan ganjaran sebanyak RM30 ribu buat sesiapa yang berjaya mencari dalang di sebalik kejadian itu. Rata-rata pengikut Caprice turut menasihatinya agar mendapatkan rawatan secara Islam selain mendoakan agar penyanyi ini dan keluarga dilindungi dari sebarang malapetaka yang tidak diingini.