Pada 23 Disember tahun lalu, pelakon Raja Ilya,34 telah selamat menjadi isteri kepada jejaka pilihannya yang juga warga Australia, Trent Garrett.

Majlis Resepsi 19 September Ini 

Sebagai info, majlis pernikahannya telah diadakan secara tertutup di kediaman saudara suaminya di Perth, Australia dan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Menyusuli kenyataannya sebelum ini, Ilya tidak menolak untuk mengadakan majlis resepsi di ibu negara, namun bergantung kepada kelapangan suaminya yang juga ahli perniagaan.

Terbaru, jemputan ke majlis resepsi perkahwinan selebriti ini telah pun diedarkan kepada pihak media. Memilih ‘tarikh cantik’ 19 September 2019, Ilya dan suami sekali lagi akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan diadakan di sebuah lokasi acara pusat membeli belah di Subang, Selangor.

Tema Black Tie 

Dalam majlis yang bertemakan ‘black tie’ itu, majlis resepsi itu tersebut dijangka bakal berlangsung meriah dengan kehadiran keluarga, rakan-rakan selebriti serta jemputan daripada pasangan ini. Kami di Hangat.com ingin mengucapkan tahniah buat Ilya dan mendoakan agar hubungan pasangan suami isteri ini berkekalan sehingga ke akhir hayat!