Kehangatan bahang cuaca akibat musim panas yang berterusan telah menyebabkan permintaan tinggi terhadap penyaman udara di Malaysia. Baru-baru ini Samsung Electronics Malaysia (Samsung), memperkenalkan produk penyaman udara yang menampilkan teknologi penyejukan Wind-Free (bebas angin) terbaharu di pasaran.

Penyaman udara model AR9500M Samsung ini dihasilkan bukan saja menggunakan inovatif terkini, malah mampu menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 72 peratus berbanding model biasa.

Samsung mengatakan ia menggunakan lebih 21,000 lubang udara dalam mengalirkan udara sejuk secara sekata – lebih kurang seperti apa yang dilakukan dalam peti sejuk.

Teknologi “Penyejuk Bebas Angin” iaitu sistem penyejukan dua langkah, yang pertama pada suhu rendah dalam “Mod Penyejuk Cepat”, kemudian secara automatik beralih ke “Bebas Angin” yang mendapatkan “Udara Kekal” setelah mencapai suhu yang diinginkan. Jadi anda akan rasa lebih selesa dengan kesejukan dalam bilik tanpa rasa angin yang kuat. Pendekatan ini juga boleh mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 72%.

Samsung turut menganjurkan kempen Revolusi Penyejukan sehingga 31 Disember 2019 di mana pembeli penyaman udara Samsung Wind-Free, AR9500M dapat menikmati jaminan dua tahun dan 10 tahun bagi perlindungan kompresor.

Harga jualan bagi penyaman udara baharu ini ditawarkan antara RM2,899 dan RM3,999.