Oppo akan melancarkan versi terbaru tidak lama lagi. Versi terbaru ini ialah A9 2020, versi telefon pintar terkini akan mempunyai peningkatan dari segi teknologi dan ciri-ciri khas.

Seperti maklumat terbaru yang disampaikan oleh Oppo baru-baru ini, peranti ini dikhabarkan bakal disertakan dengan sistem bunyi mengagumkan dari Dolby Atmos® Sound Effects dan Dual Stereo Speakers.

Untuk menikmatik pengalaman audio dari biasa ke luar biasa, OPPO A9 2020 dilengkapi dengan Dual Stereo Speakers. Dengan Dual Stereo Speakers dipasang di bahagian atas dan bawah telefon, A9 2020 mencipta pengalaman bunyi 3D yang lebih mendalam ketika kedua-dua pembesar suara bermain serentak.

Selain itu, OPPO A9 2020 dilengkapi dengan kesan bunyi Dolby Atmos® yang membawa peningkatan kedalaman dengan sistem audio A9 2020, yang membolehkan anda merasai pengalaman menakjubkan ketika menonton filem, permainan video atau muzik pilihan anda!

Sebelum ini menerusi halaman OPPO Vietnam Facebook mendedahkan bahawa OPPO A9 2020 akan datang dengan modul kamera kuad di belakang, masing-masing dengan kamera utama 48MP + 8MP + 2MP + kamera 2MP yang berjajar secara menegak di pusat teratas telefon bimbit. Kamera depannya tersemat di dalam waterdrop notch dengan kekuatan 16MP.

Perlu diingat OPPO A9 2020 ini mempunyai skrin 6.5 inci, kemungkinan resolusi skrin HD + atau HD 1080p penuh. Di belakang terdapat sensor cap jari di bawah modul kamera quad.