Lebih Murah! Semak 5 Fakta Menarik Apple iPhone 11

503

Apple memperkenalkan barisan iPhone terbaru mereka pada majlis pelancaran yang diadakan di Steve Jobs Theatre, Cupertino, Amerika Syarikat, Selasa (09/10/2019).

Pada acara tahunan tersebut, Apple memperkenalkan tiga iPhone baru, iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.

1Kamera Belakang

Kredit Foto: Chris Velazco/Engadget

Salah satu perubahan besar dari iPhone baru ini ialah kamera belakang. Pada dua iPhone 11 Pro, kini terdapat tiga kamera belakang, masing-masing dengan resolusi 12 MP.

Kamera utama disokong OIS dan Dual Pixel AF dengan aperture f / 1.8. Kamera kedua yang berfungsi sebagai kanta telefoto yang mampu zoom optik 2x dengan aperture lensa f / 2.0. Kamera ketiga sebagai sudut lebar ultra mampu menumpukan objek dengan bidang hingga 120 darjah.

2Kualiti Video

Kredit Foto: Chris Velazco/Engadget

Tiga kamera iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max boleh merakam video sehingga kualiti 4K dengan kadar frame 60 fps. Pada iPhone XS dan iPhone XS Max terdapat hanya dua kamera belakang tetapi resolusinya adalah sama.

3Lebih Cekap

Kredit Foto: Chris Velazco/Engadget

Tiga iPhone baru menggunakan chipset A13 Bionic yang dikatakan 30% lebih cekap dan 20% lebih cepat daripada siri A12. Ketiga telefon ini sudah menggunakan teknologi iOS 13 dan Fast Charging dengan kuasa 18W melalui USB Type-C.

4Ketahanan Bateri Lebih Lama

Mengenai bateri, Apple mendakwa bahawa iPhone 11 mempunyai ketahanan satu jam lebih lama daripada iPhone XR. Bateri iPhone 11 Pro 4 jam lebih lama daripada bateri iPhone XS dan iPhone 11 Pro Max 5 jam lebih lama daripada iPhone XS Max.

5Harga Serendah RM 2912

Pengumuman paling penting mengenai iPhone 11 adalah harga. Dipetik dari engadget, iPhone iPhone terbaru ini memilih untuk mengurangkan harga. iPhone 11 bermula dari US$ 699  (RM2912).  Dibandingkan pengenalan harga siri terdahulu, iPhone XR, harga ini lebih murah US$50 iaitu iPhone XR dijual dengan harga US$ 749 (RM 3124).

Harga iPhone 11 Pro adalah US$ 999  atau setara dengan RM 4162 dan harga iPhone 11 Pro Max adalah US$ 1,099 (RM 4579).