Bakat Uriah See mula menyerlah selepas menyertai agensi, Idea Music Entertainment dan semuanya berubah tanpa disedari apabila pihak pengurusan membuat beberapa perancangan untuk kerjayanya.

Menerusi latihan yang diatur, beliau berpeluang mengetengahkan bakat yang selama ini tidak disedari seperti bidang nyanyian, lakonan dan penciptaan lagu.

Sepanjang bernaung di bawah pengurusan Idea Music Entertainment beliau berjaya menimba pelbagai pengalaman dan sekali gus menjadikan Uriah See sebagai artis serba boleh.

Mengejar Impian dalam Opera menerusi program “Super Vocal Musim Kedua”

Super Vocal Musim Kedua merupakan salah satu program TV terbesar dan popular di China. Selepas produksi mengumumkan 36 finalis yang berjaya menyertai program tersebut, nama Uriah antara yang sering menjadi perhatian ramai.

Sejak dipilih menyertai Super Vocal Musim Kedua, beliau amat menghargai peluang yang diberi kerana sejak kecil Uriah sudah didedahkan dengan muzik klasikal. Uriah turut memperolehi Gred 8 dalam Diploma Muzik Klasikal.

“Muzik klasikal adalah sesuatu yang amat saya minati dan saya ingin mencabar diri sejak kecil lagi. Apabila dipilih menyertai Super Vocal Musim Kedua, saya rasa amat terharu dan teruja.

“Dalam kegembiraan itu ada kesedihannya apabila saya mendapat tahu penggambaran program TV itu akan bercanggah dengan jadual penerbitan album. Terus terang saya berada di dalam dilemma. Saya tahu bukan senang nak dapat peluang ini.

“Saya yakinkan diri untuk merebut peluang ini agar tidak menyesal di kemudian hari. Tentang penerbitan album baharu saya itu, tarikh lain akan ditetapkan kemudian selepas selesai penggambaran program tersebut,” kata Uriah.

Kini, Uriah sedang menjalani latihan dan penggambaran untuk program nyanyian tersebut. Beliau juga telah membuat penampilan dalam program TV “Day Day UP” dengan bimbingan mentornya dari musim pertama.

Beliau juga berjanji untuk memberikan persembahan yang terbaik agar penampilannya
memberi kesan kepada penonton.

Berlakon Drama Sebagai Pelakon Utama

Drama bersiri popular di Singapura, Fried Rice Paradise yang diadaptasi daripada muzikal terkenal karya genius muzikal Singapura, Dick Lee, mendapat banyak pujian daripada orang ramai.

Dalam drama tersebut, Uriah berlakon sebagai Hennessy Goh, anak angkat seorang hartawan yang bakal mewarisi kekayaan ayahnya. Beliau bekerja untuk ayahnya dan mendapat arahan daripada ayahnya untuk menggoda pelakon wanita utama agar menjualkan kedai runcitnya kepada mereka dengan harapan seluruh kawasan tersebut akan menjadi hab perniagaannya

Merupakan seorang Komposer

Rupa-rupanya lagu duet baharu Victor Wong dan Azora Chin, “Listen to Your Inner Voice” yang sering diputar di stesen radio adalah ciptaan Uriah dan seorang komposer lain.

Lagu “Listen to Your Inner Voice”, nyanyian Victor Wong dan Azora Chin secara tak langsung mempamerkan karisma karya komposer dari Malaysia itu.

Uriah merasa teruja apabila mengetahui lagu tersebut merupakan salah satu lagu utama yang terdapat dalam album dendangan penyanyi Azora Chin. Azora memberitahu Uriah bahawa beliau akan menyanyi lagu ciptaan Uriah dan komposer itu berharap di masa akan datang, hasil karyanya akan mendapat pengiktirafan orang ramai.

Sebagai anak seni yang berwibawa, Uriah berjanji akan terus mengembangkan bakat seninya hingga ke peringkat antarabangsa dan sekali gus mengharumkan nama negara.