Ada masanya Ibu bapa pasti buntu memikirkan aktiviti menarik bersama anak-anak pada waktu masa lapang, kami di Hangat.com mencadangkan anda sekeluarga mengunjungi ke Malaysia Largest Inflatable Theme Park yang pertama di Malaysia yang terletak di Lake City, Kuala Lumpur.

Inflatable Theme Park? Kalau anda nak tahu, uniknya taman tema ini adalah ia dipenuhi dengan bounce house (“bangunan” plastik berisi angin) di mana kanak-kanak boleh panjat dan seronok lompat-lompat.

Malaysia Largest Inflatable Theme Park ini dibuka dari 1 September hingga 1 Oktober dari jam 10 pagi hingga 10 malam pada hari Sabtu & Ahad. Jika anda mahu berkunjung pada hari Isnin hingga Jumaat, ia beroperasi dari jam 3 petang hingga 10 malam.

Malaysia Largest Inflatable Theme Park yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Record ini mempunyai keluasan 24,000 kaki persegi dan menyediakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. Antaranya tarikan dan aktiviti menarik disini seperti Gelongsor setinggi 2 tingkat, berfoto dengan beruang terbesar, Seni pasir, Cabaran halangan, mendaki gunung, penguin gergasi dan banyak lagi.

Jom lihat gambar-gambar di bawah ini;

Memang seronok! Sambil menemani anak-anak bermain, anda boleh lompat dan lari-lari di atas struktur yang terapung tu. Kanak-kanak mahupun orang dewasa boleh enjoy.

Masuk Percuma?

Berminat? Percuma jer! Anda hanya perlu mendaftar dengan klik pautan ini Inflatable Theme Park untuk menerima kod QR istimewa, kemudian tunjukkan kod QR ini di pintu masuk untuk tujuan pengimbasan.

Jadi, jom pergi beramai-ramai dan enjoy! Anda boleh berkunjung ke laman Facebook rasmi mereka bagi mendapatkan maklumat tentang acara terkini di Malaysia Largest Inflatable Theme Park.