Seperti yang dinanti-nanti setiap tahun, Nights of Fright 7 kini hadir semula menghantui anda. Untuk tahun ke-7, Sunway Lagoon terus menganjurkan acara ini yang kini sudah menjadi acara wajib untuk pengunjung ke Sunway Lagoon. Kami di Hangat.com sendiri tidak pernah ketinggalan untuk menyertai acara ini setiap tahun menemui hantu-hantu yang bakal berkeliaran di Sunway Lagoon.

Nights of Fright 7 (NOF 7) bermula dari 27 September hingga 2 November 2019, setiap Jumaat sehingga Ahad bermula 7.30 malam – 11.30 malam. Untuk tahun ini sebanyak 8 Rumah Hantu, 2 ‘Zon Seram’, 11 ‘Permainan Menggerunkan’ dan 4 persembahan pentas serta teater berhantu bakal disajikan kepada pengunjung-pengunjung NOF 7!

Lebih menarik setiap rumah hantu mempunyai konsep dan mengikut kisah seramnya tersendiri yang boleh buatkan anda tidak booleh tidur malam. Berikut antara rumah-rumah hantu dan kisahnya sendiri.

  • Sharknado Alive !: Rasai pengalaman menakutkan diserang ikan jerung yang diadaptasi dari filem Hollywood yang tak masuk akal, Sharknado!
  • Animalium: Pernah terfikir terserempak dengan Zombie? Di sini anda dapat lihat dan rasai sendiri dikejar oleh Zombie.
  • Horrorwood Studios: Disini anda dapat bersama dengan ikonik filem seram seperti Freddy, Billy, Jason, Michael, Aliens, Ghostbusters dan Pennywise.

  • Hotel dEVILle: Melangkah ke dalam hotel yang sudah lama ditinggalkan pasti menakutkan. Di sini anda bakal rasai pengalaman masuk ke bilik-bilik di hotel ini dan menemui beberapa tetamu yang sangat menakutkan,
  • The Plague: Anda mungkin percaya pada doktor tapi bukan pada Doktor Plague. Watak-watak aneh ini, dengan topeng burung berparuh, mengembara ke pinggiran desa untuk menghantui orang kampung.
  • Blood Shed: Ingat lagi dengan filem Saw? Diilhamkan dari filem ini, BLOOD.SHED membawa pengunjung memasuki bangsal yang lama ditinggalkan yang dipercayai ramai pengembara muda ditangkap, diseksa, dan dibiarkan mati.

  • Horrorjuku: Rumah Fesyen ANGOSCIA: Dikatakan bahawa pereka Itali yang terkenal, Giorgio Angoscia, berpindah ke daerah Harajuku, Tokyo untuk mereka pakaian gaya Gothic yang paling indah buat si pemakai. Satu demi satu model yang menggayakan palaiannya mula hilang dengan misteri.
  • House of Voodoo: Sebuah muzium ahli sihir juga tempat mengamalkan ilmu hitam yang mahukan jiwa manusia.
  • Scarytales Theatre: Saksikan teater paling seram dan mendengar kisah Bomoh, dengan suara bisikan halus yang mengelilingi anda.

Zon Seram

Kepada yang sudah biasa menyertai acara ini, pasti anda sudah mengetahui bahawa hantu- hantu akan berkeliaran di sekitar di Sunway Lagoon dan terdapatnya  ‘zone scares’  yang menyeramkan iaitu Slasher Street & Siren’s Cover. Yang pasti hati anda takkan tenang selama berada di sini.

Tiket berharga RM79 atau memilih pakej kombo pada harga RM158 seorang (pas ekspres + bloodbag atau devil’s horn) Pembelian tiket boleh dibuat menerusi pautan berikut – Night Of Fright 7.

Bagaimana, berminat untuk menyertai  NOF 7? Khas Untuk pembaca setia Hangat.com,  kami ingin mencari pemenang bertuah untuk memenangi sepasang tiket Nights of Fright 7! secara percuma!

Caranya anda hanya perlu lengkapkan butiran dan soalan berikut untuk melayakkan diri anda dipilih sebagai pemenang.

Ikuti langkah-langkah ini untuk memenangi tiket!

  1. ‘Like’ Facebook Hangat.com, ikuti kami di Instagram @hangatmalaysia dan Twitter @HangatMalaysia.
  2. Kongsi artikel ini di Facebook dan Twitter anda, dan jawab soalan ini:

    Senaraikan 8 Rumah Hantu Yang Terdapat di Nights of Fright 7

    Nyatakan Alasan Mengapa Anda Teruja Dengan Nights of Fright 7

  3. Sertakan hashtags #HangatMalaysia #SLNOF7, bersama jawapan dan pastikan post anda tidak ‘private’ dan ditetapkan kepada ‘public’ untuk tujuan semakan.
  4. Kemudian hantar pesanan atau mesej (DM) kepada kami dengan menghantar ‘link’ posting tersebut. Jika tiada Facebook, boleh hantar menggunakan Twitter dan Instagram untuk pengesahan.
  5. Pemenang akan dihubungi pihak Hangat.com melalui Facebook anda.
  6. Pemenang dikehendaki datang menuntut tiket di pejabat kami pada 16 September hingga 30 September bermula jam 9.00 pagi hingga 6 petang.
  7. Sebarang kelewatan tuntutan tiket selepas tarikh tersebut TIDAK AKAN DILAYAN
  8. Setiap pemenang akan menerima SEPASANG pas masuk Sila ambil perhatian bahawa untuk menebus tiket, hanya pada hari Ahad 6 Oktober 2019.