realme Malaysia telah mencapai kejayaan hebat pada jualan 9.9 Lazada sebagai jenama telefon pintar nombor 1 paling laris baru-baru ini. Semasa tempoh jualan, realme 3 Pro (4 + 64GB) ditawarkan secara eksklusif untuk pembeli Lazada dengan harga serendah RM 699.

“Kami percaya menawarkan produk terbaik dengan nilai terbaik untuk peminat kami. Bersama-sama dengan Lazada, kami telah mencapai kejayaan dengan meraih rekod lain dengan peranti kami sebagai jenama telefon pintar paling laris di Jualan 9.9 Lazada baru-baru ini. Kami berbangga untuk bekerjasama dengan Lazada untuk menjangkau lebih banyak peminat Malaysia “kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.

Selain itu, realme C2 (2 + 16GB) telah dijual pada harga yang berpatutan iaitu RM 299  pada jualan Lazada 9.9. Sekiranya anda terlepas peluang mendapatkan telefon pintar realme yang dengan harga menarik, jangan risau, anda boleh melawat kedai rasmi realme di Lazada di sini lazada.