Pada Oktober 2018, pelakon dan penyanyi Lufya Omar menafikan dakwaan netizen yang mendakwa kononnya rumah tangganya bersama suami, Dr Che Muhammad Hafiz mempunyai masalah.

Tidak mudah melatah dengan spekulasi tersebut, menerusi laman Instagram nya Lufya menjelaskan bahawa rumah tangganya masih baik dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi.

Lufya Dedah Sikap Sebenar Suami

Terbaru, seperti mengesahkan dakwaan netizen sebelum ini akhirnya Lufya akui mempunyai masalah rumah tangga selepas nekad memuat naik sebuah posting yang mendedahkan bawah akaun Instagram nya telah disekat oleh suaminya sendiri.

Kongsi Lufya lagi, dia sudah lama bersabar dan dianayai sebelum ini namun masih bersabar kerana enggan dianggap sebagai derhaka pada suami. Menurut bintang Akademi Fantasia musim keenam ini, sebelum ini dia telah difitnah oleh suaminya sendiri pada keluarga mereka hanya kerana ingin menutup kesalahan yang telah dibuatnya.

Masalah Rumah Tangga Sejak 3 Bulan Berkahwin 

Berasa tertekan sehingga mengalami kemurungan, Lufya turut mendedahkan bahawa masalah rumah tangga mereka telah berlaku seawal tiga bulan perkahwinan mereka. Pendedahan itu dibuat penyanyi itu kerana sudah tidak mampu bersabar lagi dengan sikap suaminya.

Dalam perkembangan lain, menjengah ke laman Instagram Hafiz, suami kepada penyanyi itu sempat memuatnaik sebuah posting yang memperlihatkan dia menerima hadiah sempena dengan hari lahirnya yang ke-29 pada hari ini dan netizen mula membanjiri ruangan komen Instagramnya dengan pelbagai persoalan. Lufya dan Hafiz telah berkahwin pada 26 November 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini berusia 3 tahun.