Setelah mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan yang juga model, Nurida Suraya, 30 pada 6 Jun yang lalu, pagi ini pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin, 35, menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya itu dalam sebuah majlis tertutup.

Selamat Bernikah Dengan Sekali Lafaz

Rizman telah selamat dinikahkan dengan Nurida dengan sekali lafaz di sebuah majlis indah yang dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan mereka termasuk selebriti terkenal tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nazim Othman, Fazura dan suami, Fattah Amin serta ramai lagi.

Sama Cantik Sama Padan 

Mengenakan busana pernikahan rona putih, pasangan pengantin baharu ini kelihatan sama cantik dan sama padan. Biarpun kedua-duanya belum memuat naik sebarang gambar pernikahan mereka, namun menerusi perkongsian daripada tetamu yang hadir dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa daripada kenalan dan peminat-peminat. Rizman memilih Nurida sebagai isterinya selepas mengenali hati budi masing-masing lebih setahun lalu.

Sebagai info,Rizman dan rakan perniagaannya, Ruzaini merupakan antara pereka fesyen yang sangat disenangi ramai dan menjadi pilihan ramai selebriti terkenal tanah air. Pada awal 2018, kedua-dua mereka telah diberikan penghormatan untuk memberi nafas baru kepada trofi Anugerah Juara Lagu selepas 31 tahun menggunakan trofi dengan rekaan yang sama. Tahniah diucapkan buat Rizman dan Nurida!