James Won merupakan antara yang terkenal di dalam bilang kulinari. Sebagai seorang chef selebriti yang telah memenangi pelbagai anugerah, beliau menyediakan sajian yang inovatif di restoran kepunyaannya, enfin oleh James Won.

Apa yang lebih menarik lagi, beliau juga memiliki pertalian rapat dengan negara New Zealand. Dengan pengalaman bekerja sebagai tukang masak di sana, James mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang penghasilan makanan New Zealand, dan
makanan laut negara tersebut.

Menurut James, New Zealand adalah salah satu negara yang mempunyai trend makanan paling menarik pada zaman ini dan penggemar-penggemar makanan seharusnya berkunjung ke negara itu.

Di dalam artikel ini, James berkongsi tentang jenis-jenis makanan kegemaran masyarakat Malaysia dan bagaimana New Zealand boleh menepati citarasa masyarakat Malaysia, dengan adannya budaya pemakanan dan kulinarinya yang sedang berkembang pesat.

Makan di sepanjang perjalanan

Makanan tempatan semakin menjadi popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Cara tanaman yang artisanal dan penggunan bahan-bahan yang mampan juga menjadi pilihan.

Apa yang menarik tentang trend ini adalah ianya diberikan nama ‘lavacore’, di mana masyarakat memberi tumpuan kepada memakan hasil tanaman tempatan.

James menyatakan bahawa bukan sahaja makanan seperti ini lebih segar, ia turut mendorong masyarakat untuk lebih peka terhadap kesihatan mereka. Tambahnya lagi, trend yang melibatkan hasil tanaman tempatan ini tercetus dengan adanya minat masyarakat Malaysia untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi berkenaan sumber makanan seharian mereka.

Seiring dengan perkembangan ini, restoran-restoran dan hotel-hotel juga turut menuai hasil tanaman mereka sendiri, termasuklah James dan pasukannya yang menuai hasil tanaman di ladang organik yang dimiliki mereka.

Minat yang mendalam terhadap makanan tempatan sudah memangnya sebati dengan masyarakat Malaysia, walaupun ketika mengembara. Mengalami budaya tempatan merupakan perkara utama ketika di luar negara dan sesungguhnya, cara yang terbaik untuk mengenali budaya sesebuah negara seperti New Zealand, ialah melalui makanan tempatan mereka.

Menurut James, “New Zealand terkenal dengan makanan yang luar biasa dan anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari dan menikmati makanan yang unik dan menyegarkan.”

Pilihan-pilihan Utama

Bistronomy
  • Hawke’s terkenal dengan makanan enak. Di Napier, chef James Beck yang memiliki restoran Bistronomy, telah mencipta menu hidangan yang mencerminkan citrasa dan merangkumi bahan-bahan makanan yang popular di daerah tersebut.
  • Di Arbour, Chef Bradley Homby amat bertuah kerana memiliki akses kepada sayur-sayuran, minyak, buah-buahan dan dedaunan segar untuk dipetik bagi menu eklektiknya. Bahan- bahan ini dipilih dengan teliti bagi restorannya yang terletak di luar bandar Blenheim di bahagian atas South Island.
  • Selain menjadi hotel terkenal dan baru-baru ini terpilih sebagai salah satu hotel mampan terbaik di seluruh dunia, Sherwood di Queenstown menawarkan pemandangan Tasik Wakatipu yang indah. Yang lebih menarik lagi, makanan di restoran hotel ini dimasak menggunakan bahan-bahan yang dipetik dari kebun hotel ini sendiri.

Diet tanpa daging

Diet tanpa daging bukannyan mudah untuk diterapkan dalam kehidupan seharian, terutamanya pada zaman kini. Masyarakat Malaysia sekarang lebih berpengetahuan tentang kebaikan-kebaikan diet bebas daging, yang berkenaan degan kesihatan dan juga persekitaran.

Malah, Malaysia merupakan sebuah negara yang menduduki tempat ketiga sebagai negara mesra- vegetarian di seluruh dunia!

Menurut James, apa yang menarik adalah dengan gabungan budaya Cina, India dan Eropah, ia menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki makanan vegan terbaik di dunia.

Ketika mengembara, ia sememangnya sukar untuk mencari makanan yang menepati diet masing-masing. Bagi mereka yang inginkan makanan vegetarian yang enak, mereka boleh sahaja berkunjung ke New Zealand.

James berkata, “Di New Zealand, terdapat pelbagai jenis tempat-tempat yang menawarkan menu makanan yang berasaskan sayuran dan pelbagai lagi hasil makanan bermusim.”

  • Restoran Hapi di daerah Napier menghasilkan makanan yang bebas gluten, bebas tenusu, bebas gula, vegan, palio dan diet organik. Pelbagai pilihan seperti keju gajus kultur, kekacang mylks dan kek keju vegan juga boleh didapati di Hapi.
  • Berdekatan dengan Whyndham Street di Auckland, Misters menyediakan minuman smoothie yang sihat, jus, kopi, sarapan pagi, makanan tengahari dan manisan yang diperbuat daripada hasil organik bermusim yang terbaik. Kedai makan tersebut adalah pilihan yang baik jika anda ingin jauh daripada kesibukan Central Business District.

Masakan mampan, atau sustainable

Masyarakat Malaysia juga telah bergerak seiring dengan pergerakan global dan lebih berminat dalam topik penjagaan alam persekitaran, serta pengurangan kegunaan straw plastik dan bungkusan makanan. Dalam kalangan mereka, ada juga yang mencari inspirasi daripada chef ataupun restoran- restoran untuk cara-cara masakan mampan yang sekaligus dapat mengurangkan pembuangan makanan.

James menjelaskan disebabkan trend in, terlahirlah konsep makanan seperti nose-to-tail dan leaf-to- root, serta masakan bebas-buangan, di mana setiap bahagian sayuran (kulitnya, daunnya dan akarnya) atau udang (seperti menggunakan kepala dan cangkerangnya) digunakan sepenuhnya dalam masakan.

Trend pemakanan secara beretika juga telah menjadi semakin popular, dengan adanya lebih kesedaran tentang alam persekitaran dalam kalangan mereka yang mengembara. Ini bermakna mereka yang mengembara lebih peka akan di mana dan apa yang dimakan oleh mereka. Destinasi seperti New Zealand sememangnya sesuai bagi sesetangah pengembara yang mempunyai prioriti seperti ini.

James berkata, “New Zealand semestinya memupuk pergerakan ke arah cara masakan yang mampan, dengan inisiatif di peringkat kebangsaan seperti ‘Eat New Zealand’ yang telah mendorong usaha untuk pencarian bahan makanan secara etika dan mampan.

Auckland Cazado
  • Auckland Cazador merupakan restoran yang dimiliki oleh sebuah keluarga yang pakar dalam penyediaan daging mampan yang berkualiti premium.
  • Pasture merupakan sebuah restoran kecil di Auckland yang memberikan tumpuan kepada makanan bersifat alami. Makanan yang disediakan bergantung kepada musim.
  • The Chef’s Table merupakan sebuah restoran yang terpencil dan berfokuskan pemuliharaan. Ia teretak di tengah-tengah kepulauan utara New Zealand. Ketika berada di restoran ini, nikmatilah 10 hidangan yang disediakan dengan pemandangan Tongariro dan Whanganui National Parks.

Trend-trend berkenaan dengan hasil makanan tempatan, diet bebas daging dan juga masakan mampan, semuanya mencerminkan keindahan budaya pemakanan dan kulinari di New Zealand.

“Apa yang menarik tentang New Zealand adalah ke mana sahaja anda tujui, ia tidak sukar untuk mencari makanan yang lazat lagi segar ” menurut James.

Tidak kiralah hari apapun di New Zealand, anda boleh memetik hasil makanan yang segar daripada gerai petani. Anda juga boleh menikmati pemandangan yang indah di negara tersebut serta mengunjungi bandar-bandar kecil yang kaya dengan makanan tempatan yang memuaskan.”

James menambah, “Di mana sahaja anda pergi di New Zealand, anda boleh dapati makanan yang segar, terutamanya makanan laut. Kunjungan ke New Zealand semestinya sangat berbaloi.”