Sejak tidak lagi terlibat dalam dunia lakonan, pelakon Zarina Anjoulie dilihat begitu aktif di media sosial dalam mengusahakan perniagannya secara atas talian. Terdahulu, nama Zarina turut dikaitkan dengan kontoversi bersama Fathia Latiff apabila kedua-duanya merupakan sahabat karib sebelum ini namun dikatakan sudah putus ekoran beberapa kontroversi yang ditimbulkan oleh Fathia.

Video Zarina Cetus Kontroversi 

Terbaru, nama Zarina sekali lagi hangat diperkatakan di media sosial apabila terdapat segelintir pengguna laman Twitter telah berkongsi beberapa sedutan rakaman video pelakon anak pontianak itu yang sedang asyik menari dengan hanya memakai sepasang baju yang agak jarang. Video tersebut dipercayai diambil dari Insta-story Zarina sebelum ianya tular di media sosial.

Netizen Kecam Tindakan Zarina 

Lebih mengejutkan, Zarina yang sebelum ini berhijab, telah membuka hijabnya selain baju yang dipakai pelakon itu jelas memperlihatkan buah dadanya. Dek kerana perkongsian Zarina itu menerusi laman Instagram nya, rata-rata pengguna media sosial begitu terkejut selain mengecam tindakannya yang dianggap melampau. Biarpun begitu, tidak lama kemudian Zarina tampil menjelaskan mengenai isu tersebut.

Tampil Jelaskan Hal Sebenar

Menurutnya, hanya kerana dia dikenali ramai dan berbuat demikian ramai yang cuba mengecam tindakannya. Menganggap ianya seperti tidak adil, jelas Zarina pada hakikatnya ramai wanita diluar sana terutamanya wanita melayu ramai yang cuba membuat maksiat tanpa disedari ramai.

” sebab itu aku cakap korang ini bias. Korang tak suka tapi stalk aku juga. selepas itu tak habis-habis itu dosa ini dosa, sis ini hidup aku sis..

tapi korang betina melayu ini semua suka check ini dengan jantan, lelaki orang yang terutamanya bertudung ooh itu tak dosa, sebab apa? Tiada orang nampak..”

Menerusi carian kami di laman Twitter, sehingga ini rata-rata pengguna masih lagi hangat memperkatakan mengenai video tersebut. Apa pendapat anda? Kongsikan dengan kami!