Minggu kelima program realiti Big Stage 2019 telah menyaksikan dua penyanyi telah tersingkir sekaligus menyaksikan hanya 8 peserta akan melangkah ke minggu keenam. Menepati ramalan sebelum ini, penyanyi yang berasal dari Thailand, Chaleeda Gilbert telah diumumkan tersingkir.

Sebelum itu, Syada Amzah mengejutkan peminat apabial terlebih dahulu tersingkir selepas lagu nyanyiannya, Sembilu dendangan asal Ella gagal meyakinkan para juri pada malam itu yang terdiri daripada juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Chakra Khan serta Yusry Abdul Halim diundang sebagai juri jemputan.

Siti Mahu Santesh Bawa Lagu Versi Sendiri

Dalam pada itu, di media sosial rancak memperkatakan mengenai salah seorang peserta Big Stage, Santesh. Dalam minggu kelima, Santesh telah menyanyikan lagu popular dari Korea, Gangnam Style namun persembahan itu disifatkan seperti biasa sahaja.

Menurut Siti sebagai juri, biarpun persembahan Santesh dilihat menghiburkan namun dia inginkan Santesh bawakan lagu tersebut dengan versi nya tersendiri sesuai dengan tema lagu minggu kelima, ‘Cannot Brain’.

Santesh Dianggap Biadap

Membalas komen dari Siti, Santesh mendakwa sebelum ini dia sudah mempunyai perancangan untuk membawakan lagu tersebut dengan versinya tersendiri namun hasrat tersebut terpaksa dilupakan dek kerana kekangan masa.

Disebabkan komen tersebut, segelintir pengguna media sosial mendakwa Santesh seperti biadap kerana membalas komen Siti selain dianggap suka memberi alasannya tersendiri.

Menerusi carian kami, kebanyakan daripada mereka sudah mula naik muak dengan sikap penyanyi itu selain mengharapkan dia dapat memperbaiki mutu persembahannya pada masa akan datang. Pada minggu keenam, kesemua 8 penyanyi akan mempersembahkan dua persembahan iaitu lagu pilihan daripada juri tetap dan juga ‘Battle Round’.