Robert Downey Jr. atau sering disebut RDJ nampaknya akan kembali lagi ke francais superhero. Berita terkini mengatakan bahawa pelakon berusia 54 tahun itu akan menjadi cameo dalam filem Black Widow“. Menurut laporan dari Screenrant, ini akan menjadi penampilan Robert Downey terakhir sebagai watak Tony Stark dalam MCU.

“Downey akan dilihat dalam watak Stark sekali lagi, tetapi di prequel Marvel, Black Widow pada bulan Mei 2020,” tulis dalam artikel tersebut.

Walaubagaimanapun, laporan lain dari akaun Twitter Marvel Stuff mendakwa kemunculan semula Robert Downey sebagai Tony Stark hanya akan menjadi cameo pendek dan menggunakan adegan yang dikeluarkan dari “Captain America: Civil War”. Ini bermakna pelakon tidak menjalani sebarang penggambaran, kerana Marvel hanya menggunakan rakaman lama yang mereka ada.

Malangnya, semua maklumat ini belum disahkan oleh Marvel Studios. Pada masa ini “Black Widow” sendiri sedang menjalani proses produksi. Projek solo ini akan mendapat label R-rated, yang menjadikannya filem MCU yang pertama dengan rating itu. Dilihat dari jalan cerita yang mungkin dipenuhi dengan aksi keganasan pertarungan, tidak hairanlah “Black Widow” mendapat label ini.

“Black Widow” akan menjadi filem pembukaan fasa keempat MCU dan bersedia dikeluarkan pada 1 Mei 2020.