Gaya hidup selebriti Bollywood sering mendapat liputan media di India. Terutama jika berita berkenaan dengan hero-hero terhebat seperti Shah Rukh Khan, Aamir Khan dan Salman Khan. Namun siapa sangka, artis-artis ini juga mendapat perhatian kerana  tingkah laku mereka yang buruk gara-gara di bawah pengaruh alkohol.

Siapa saja artis Bollywood yang pernah menimbulkan masalah apabila mabuk seperti yang  dilaporkan oleh cosmopolitan.in.

1Salman Khan

Tiada selebriti lain di Bollywood yang mampu menduduki kedudukan teratas dalam senarai ini selain daripada Salman Khan. Aktor  yang masih memegang status bujang ini mempunyai lebih daripada satu kes yang mendatangkan masalah semasa dia di bawah pengaruh alkohol.

Pertama sekali, kejadian memandu dalam keadaan mabuk yang terkenal dari tahun 2002, di mana dia didakwa melanggar seorang lelaki gelandangan yang tidur di laluan pejalan kaki itu hingga mati.

Selain itu, Salman Khan juga disyaki mabuk malah menjatuhkan air muka bekas kekasihnya, Aishwarya Rai pada set penggambaran filem Chalte Chalte beberapa tahun yang lalu. Salman tidak dapat dikawal akibat pengaruh alkohol dan memulakan pergaduhan sehingga pengarah terpaksa menamatkan penggambaran. Pada saat itu Aishwarya Rai kemudian digantikan oleh Rani Mukerji.

2Shah Rukh Khan (SRK)

Walaupun pihak berkuasa mengesahkan bahawa Shah Rukh Khan bertindak agresif ketika dalam keadaan mabuk, pelakon itu bersumpah mengatakan sebaliknya.  Hal ini bermula kerana dia marahkan MCA (The Mumbai Cricket Association) , selepas pasukan Kolkata Knight Ridersnya memenangi trofi Liga Perdana India 2012 (IPL) di Stadium Wankhede, Mumbai.

SRK dilaporkan membawa sejumlah remaja termasuk anaknya, Suhana, ke gelanggang Stadium Wankhede selepas perlawanan petang. Pelakon yang juga pemilik pasukan Liga Perdana India, Kolkata Knight Riders, kemudian disekat oleh pegawai keselamatan, yang akhirnya membuatkan Shahrukh marah dan terlibat dalam pergaduhan sehingga dia akhirnya disekat memasuki stadium untuk sebarang pertandingan.

3Malaika Arora Khan

“Super mom” ini menjadi inspirasi ramai wanita di India. Namun malangnya dirinya tidak patut dicontohi apabila dia juga sering mabuk yang dianggap agak berlebihan.

Contohnya pada pesta ulang tahun ke 50, pereka fesyen terkenal Manish Malhotra, Malaika di katakan minum alkohol secara berlebihan sehingga menolak artis Sonam Kapoor dengan kasar apabila Sonam cuba membantu Malaika yang sedang mabuk.

4Sanjay Dutt

Aktor terkenal yang pernah mengaku ketagihan dadah dan alkohol ini memang dikenali dengan tabiat suka melempar barang ketika mabuk. Sanjay Dutt pernah melawan sahabatnya, Salman Khan, penyalahgunaan bahan terlarang dan beraksi kasar dengan wartawan.

5Aamir Khan

Siapa sangka, Aamir Khan, nampaknya juga melakukan perkara yang memalukan di bawah pengaruh minuman keras. Dia dan Salman Khan ditangkap membuang air kecil secara terbuka di taman sambil mabuk.

Artikel SebelumnyaSiti Nurhaliza Menangis! 5 Yang Menarik Di Konsert Mini Shopee X SimplySiti
Artikel SeterusnyaBMW Malaysia Memperkenalkan BMW 330i M Sport Terbaharu
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.