Produk Apple sentiasa membuatkan anda jadi “Gila’ setiap kali sesuatu yang baru dilancarkan. Bukan sahaja teknologinya yang semakin baik malah reputasinya sebagai produk mewah sering kali membuatkan si pemakai  merasa bangga.

Apa-apa pun kita seharusnya menerima hakikat bahawa produk Apple tidaklah murah. Di Malaysia, kebanyakkan harga telefon pintar yang dijual sama dengan harga sebiji motosikal.

Kredit Foto: Chris Velazco/Engadget

Mungkin ramai yang tak tahu, harga produk Apple di setiap negara berbeza walaupun ia dibeli di kedai Apple rasmi. Sebab, harga produk yang diimport di negara dipengaruhi oleh banyak perkara. Antara kadar pertukaran ini dan cukai dikenakan yang diterima pakai oleh negara.

Oleh itu, bagi mereka yang suka melancong ke luar negara, boleh mendapatkan produk Apple termurah di negara ini.

Themacindex.com, sebuah platform yang memaparkan perbandingan harga iPhone 11 terkini di 31 negara. Laman ini mempamerkan data mengenai harga iPhone 11, iPhone 11 Pro, dan iPhone 11 Pro Max secara langsung di laman web Apple di setiap negara yang membuka pra-pesanan. Harga yang dipaparkan adalah berdasarkan kadar mata wang terkini.

Jepun Paling Murah

Foto: The Verge

Sehingga artikel ini ditulis, laman web ini menggunakan kadar pertukaran Ringgit Malaysia pada 18 September 2019.

Namun, berdasarkan perbandingan harga di laman tersebut, Jepun menawarkan harga termurah iPhone 11 berbanding negara-negara lain untuk semua siri. Untuk info, Iphone 11(64 GB) di jual dengan harga RM 3,399 kedai Apple rasmi di Malaysia. Tetapi di Jepun, hanya RM2,886. Jimat bukan?

Di belakang Jepun, terdapat beberapa negara lain di Australia, Austria, Finland dan Netherlands  sebagai negara dengan harga terendah dari iPhone 11. Berikut adalah harga untuk iPhone 11 di Jepun dan beberapa negara lain yang termurah..

Malaysia Antara Yang Paling Mahal

Sementara itu, dalam senarai 31 negara menjual iPhone 11 (64GB), paling mahal di Italy, yang kemudian diikuti oleh New Zealand, Canada, Mexico dan mengejutkan Malaysia antara 5 negara yang paling mahal menjual iPhone 11 (64GB). Berikut adalah harga untuk iPhone 11 (64GB) di 5 negara tersebut.

Harga iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max

Selain melancarkan iPhone 11, Apple juga mempunyai dua iPhone lain yang mempunyai spesifikasi yang lebih baik dan harga yang lebih tinggi, iaitu iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max. Berikut harga yang di jual di kedai Apple Malaysia.

iPhone 11 Pro

  • 64GB – RM4,899
  • 256GB – RM5,599
  • 512GB – RM6,499

iPhone 11 Pro Max

  • 64GB – RM5,299
  • 256GB – RM5,999
  • 512GB – RM6,899

Lebih Murah Sehingga 12% di Jepun

Nak lagi murah? Nah, harga termurah dari iPhone 11 Pro masih dipegang oleh Jepun, juga untuk iPhone termurah Pro Max 11 dimiliki oleh negara yang sama. Berikut adalah senarai harga untuk iPhone 11 Pro dan Pro Max di Jepun. Anda boleh jimat sehingga RM800 dari harga sebenar di Malaysia.

Harga iPhone 11 Pro di Jepun

Harga iPhone 11 Pro Max di Jepun

Harga trio iPhone terbaru untuk 2019 tergolong yang agak murah berbanding model tahun lepas. Walaupun terdapat penurunan harga, muncul pula meme yang berkaitan dengan harga iPhone seperti meme yang mengatakan bahawa membeli iPhone baru mesti menjual buah pinggang terlebih dahulu.

Bagaimana pandangan anda, adakah harga trio iPhone terbaru murah atau masih terlalu mahal?

Artikel SebelumnyaLufya Nafi Terima Lafaz Cerai Menerusi WhatsApp
Artikel SeterusnyaTaj Mahal Kini Dibuka Sehingga Waktu Malam!
Tidak terlalu lama dalam bidang penulisan. Bolehlah setakat mahu untuk berkongsi pendapat dan info. Memang suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.