Siapa yang tak kenal dengan aktres Hollywood popular Demi Moore? aktres senior berasal dari Amerika Syarikat ini masih dikenali sehingga hari ini, walaupun dia tidak lagi muda, yang sudah memasuki usia 56 tahun. Namun, menariknya, walaupun berusia lebih daripada satu abad, namun kekal cantik dan masih dikagumi ramai orang.

Baru-baru ini, Demi Moore memuat naik foto pada akaun Instagram @demimooreofficial. Di dalam muat naik tersebut, Demi kelihatan cukup berani dengan mempamerkan dirinya tanpa seurat benang untuk kulit depan majalah Harpers Bazaar.

Dia dilihat berpose di tepi kolam renang dengan menunjuk kecantikan tubuhnya. Dia hanya memakai topi merah jambu dan hasil kreativiti jurugambar Mariano Vivanco ini sangat sempurna dan menarik perhatian orang ramai.

Bukan sahaja Demi Moore memuat naik gambar itu, Harpers Bazaar juga memuat naik dan menjelaskan bahawa foto itu diambil untuk sampul majalah Oktober 2019.

Majalah terkenal itu menampilkan Demi Moore, yang dianggap masih muda pada usia 56 tahun. Ramai yang kagum dengan penampilan Demi Moore. Dia seolah-olah mempunyai badan yang cantik seperti remaja.

Menerusi kandungan dalam majalah tersebut, Demi juga sempat untuk menjawab pelbagai soalan mengenai masa lalu beliau. Sama seperti di aksinya di kulut majalah, dia berani untuk membuka cerita silamnya apabila penah ketagih alkohol,  menjadi mangsa rogol, juga kisah keguguran.

INSIDE OUT

Kisah hidupnya akan ditulis penuh dalam buku memoirnya, bertajuk INSIDE OUT. Seperti yang dilaporkan oleh People, dalam buku tersebut dia juga berkongsi cerita tentang pengalamannya pernah dirogol ketika berusia 15 tahun.

Artikel SebelumnyaTaj Mahal Kini Dibuka Sehingga Waktu Malam!
Artikel SeterusnyaBintang Big Stage 2019 Mula ‘Demand’ Harga?
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.