Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Tan Sri Dr Tony Fernandes yang merupakan orang penting di dalam syarikat penerbangan tambang murah terkenal, AirAsia.

Umum Letak Jawatan 

Sifat kepimpinan yang ada padanya membuatkan begitu ramai mengagumi ketokohan beliau apatah lagi berjaya menaikkan nama AirAsia terkenal di mata dunia. Terbaru, ada satu perkhabaran yang menyedihkan telah dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia ini. Menerusi laman Twitter nya, Tony telah mengumumkan akan melepaskan semua jawatan yang dipegangnya bagi memberi laluan kepada lapisan baharu untuk menerajui jawatan tersebut.

Masih Pegang Jawatan Dalam AirAsia Group Dan AirAsia X 

Biarpun begitu, jelas Tony buat masa ini dia masih lagi akan memegang jawatan di dalam AirAsia Group dan AirAsia X.Di kesempatan itu, ‘Mr AirAsia’ ini turut mengimbas kembali kenangan perjalanan AirAsia sehinga menjadi syarikat penerbangan tambang murah terbaik selama 11 tahun berturut-turut.

Netizen Berterima Kasih 

Melihatkan pada pengumuman itu, rata-rata pengikutnya meluahkan pelbagai reaksi apatah lagi turut terharu dengan ‘pengorbanan’ yang dibuat bagi melahirkan pemimpin baharu.

Bukan itu sahaja, pengguna media sosial juga mengucapkan terima kasih kepada Tony kerana memberi plebagai inspirasi selain menyediakan kemudahan penerbangan sesuai dengan ‘trademark’ AirAsia, ‘Now Everyone Can Fly’. Terima kasih Tony!