PETALING JAYA, 19 SEPTEMBER 2019: Buat peminat setia produk keluaran syarikat teknologi gergasi Apple Inc, pastinya mereka menanti kemunculan peranti terbaharu iPhone 11 yang bakal berada di pasaran Malaysia 27 September ini. 

Pra-pesanan iPhone 11 Pro, iPhone Pro Max dan iPhone 11 di Malaysia boleh dibuat mulai bermula hari Jumaat 20 September ini melalui syarikat telekomunikasi terkemuka oleh Celcom.

Celcom Axiata Berhad akan menawarkan yang produk terkini dari Apple, termasuk iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max, juga dan tidak terkecuali siri dwi-kamera baru iphone 11.

Hebahan tersebut diwar-warkan melalui kenyataan media terbaru dari Celcom. Setakat ini, syarikat telekomunikasi terbabit masih belum mengeluarkan sebarang butiran mengenai harga kontrak buat produk itu.

Ini Perkara yang perlu anda siapkan sebelum membuat Pre-Pesanan

  1. Pastikan nama anda tidak disenaraikan hitam oleh mana-mana syarikat telekomunikasi di Malaysia.
  2. Sekiranya ada bayaran tertunggak untuk bil pospaid, sila jelaskan dengan segera.
  3. Pelanggan diharuskan untuk memiliki Kad Kredit untuk membuat Pre-pesanan.
  4. Tukar line kepada Celcom kemudian daftar pelan dengan Celcom Mobile Plan.
Jadi mulai esok, pelanggan boleh berkunjung di Celcom Online Store, shop.celcom.com.my, Celcom Bluecube Stores atau ke 33 kedai Celcom bertauliah yang terpilih.
Anda juga boleh membuat pra-pesanan iPhone 11 melalui laman web Apple .