Hamilkan Kekasih? Ibu As’ad Motawh, Dato’ Yustita Akhirnya ‘Buka Mulut’

2.9K

Selepas beberapa hari Muzik Video rasmi lagu terbaru dari As’ad Motawh  berjudul Selamanya disiarkan,  rata-rata penonton di memberi reaksi yang berbeza-beza di laman Youtube. Merujuk kepada jalan cerita dari muzik video ini, dilihat As’ad memainkan watak seorang yang patah hati dan hilang akal.

Salah satu babak yang menjadi tanda tanya di kalangan peminat adalah As’ad digambarkan telah menghamilkan seorang wanita yang dianggap kekasih dalam muzik video ini.

Ramai yang memberi tanggapan bahawa jalan cerita muzik video ini benar-benar berdasarkan kisah hidup As’ad. Gara-gara terlalu ramai yang mahu kesahihan tentang hal ini, ibu As’ad,  Dato’ Yustita J Al-Djabbar akhirnya bersuara untuk memberi penjelasan. Yustita dalam kenyataan di Instagram peribadinya menyangkal tanggapan netizen yang mendakwa As’ad pernah menghamilkan kekasihnya seperti dalam muzik video.

“Selamanya mengisahkan tentang pengalaman As’ad yang pernah melalui “kemurungan” akibat dikecam hebat oleh haters. Skrip cerita di dalam MV Selamanya telah diubahsuai untuk menjadikan ia kelihatan lebih dramatik dan mendebarkan. Kepada Asadious yang DM Aunty, betul kah As’ad hamilkan girlfriend nya ?? Jawapannya, belum pernah & inshaAllah tidak pernah! Itu hanyalah cerita di dalam MV sahaja begitu juga dengan adegan di mana Aunty terlantar sakit dan As’ad kelihatan seperti seorang yang sudah hilang akal menyusun banyak gelas yang berisi air. Semoga penjelasan ini mencerahkan persepsi / prasangka semua.”

Yustita yang juga terlibat dalam muzik video tersebut berharap dengan penjelasan ini, semua peminat As’ad tidak menimbulkan tidak menimbulkan spekulasi liar kerana adegan tersebut hanyalah cerita di dalam muzik video  sahaja.

Dalam masa sama, Yustita juga berterima kasih kepada semua peminat As’ad kerana sentiasa menyokong dan menyayangi anaknya. Sehingga artikel ini ditulis, video muzik Selamanya telah mendapat lebih 219,000 tontonan  di laman YouTube.

Artikel Sebelumnya‘Disapa’ Suara Misteri, Ifan Seventeen Kongsi Pengalaman Seram
Artikel SeterusnyaMcShaker Fries Kini Kembali Di McDonald’s Malaysia!
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.