Walaupun sudah berjaya di persada antarabangsa, salah seorang anggota kumpulan Blackpink, Lisa tetapi tidak melupakan tanah air tercinta. Sebagai rekod, penyanyi yang berasal dari Thailand ini memulakan kariernya bersama Blackpink pada tahun 2016.

Terdahulu, Lisa telah menyertai YG Entertainment pada tahun 2011 selepas mengikuti uji bakat untuk agensi hiburan berkenaan.

Dermakan Wang Buat Mangsa Banjir 

Terbaru, sesuatu yang mengharukan telah dilakukan oleh Lisa. Menurut sumber, bintang K-Pop yang mempunyai jumlah pengikut tertinggi di Korea itu telah menghulurkan sumbangan berupakan wang tunai kepada mangsa banjir di Thailand.

Menurutnya, Lisa telah mendermakan sebanyak 100,000 baht (RM13,700) menerusi pelakon Dana Bin Bunleurit untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Digelar Ratu Thailand 

Malah di media sosial, gambar sekeping cek yang didermakan oleh Lisa turut tular dan mendapat pujian peminat-peminatnya.

Ekoran itu, ada diantara mereka yang menggelarkan penyanyi berusia 22 tahun ini sebagai ‘Ratu Thailand’ dan ‘malaikat’. Dikhabarkan Thailand kini mengalami bencana alam yang melibatkan seramai 20,000 mangsa banjir dan turut mengorbankan 33 nyawa.