DJ seksi dari Indonesia, Gebby Vesta baru-baru ini menjadi buah mulut selepas memuat dia memuatnaik sebuah video pengakuan di akaun Instagram peribadinya. DJ yang terkenal dengan tubuh yang menggoda dan seksi ini menyatakan pengakuannya bahawa dia seorang transgender.

Pengakuan yang disampaikan oleh Gebby ini mengundng kemarahan pengikutnya di Instagram. Ini disebabkan oleh Gebby sebelum ini sering menafikan berita yang mengatakan dia seorang transgender. Berita itu sendiri telah menjadi perbincangan sejak dua tahun lalu.

Pengakuan Gebby ini disusuli dengan linangan air mata. Secara terang-terangan, Gebby mengaku bahawa dia telah melakukan pembedahan penukaran jantina enam tahun yang lalu. Bukan itu sahaja, Gebby juga mendedahkan bahawa dia telah menyembunyikan identiti dirinya selama 19 tahun.

“Hari ini saya ingin membuat pengakuan, pergolakan dalaman selama dua tahunΒ  tetapi hari ini saya ingin bersikap jujur, seperti desas-desus yang telah kamu dengar di sana bahawa saya seorang transgender, ya, saya seorang transgender.”

“Saya melakukan penukaran seks hampir enam tahun yang lalu, sayamenyembunyikan hal ini sejak 19 tahun dulu dari awal saya datang ke Jakarta sehingga sekarang tidak ramai yang tahu siapa saya dan apa yang saya suka,” kata Gebby menangis.

Kredit Foto: IG @gebby.vesta_

Gebby membuat pengakuan berani dalam tiga video yang dimuat naik secara langsung. Dalam video kedua, Gebby mendedahkan betapa sukarnya untuk menyembunyikan identitinya. Gebby juga merasakan pergolakkan dalaman, namun dalam masa yang sama dia juga takut kehilangan pekerjaannya.

Air matanya mula berlinangan apabila Gebby mendedahkan alasan dia memilih untuk mendedahkan identiti beliau sekarang. Gebby berkata bahawa dia mahu meninggalkan dunia hiburan dan menumpukan perhatian untuk menjaga ibu bapanya dan perniagaan yang telah dibinanya.

Kredit Foto: IG @gebby.vesta_

Video Gebby yang mengakui bahawa dia seorang transgender, mendapat pelbagai reaksi. Ramai netizen mengaku mengagumi Gebby kerana berani meluahkan hal yang sebenar. Rata-rata pengikutnya memberi sokongan kepada Gebby untuk sentiasa bersemangat menjalani kehidupan selepas memutuskan untuk membuat pengakuan ini.

Artikel SebelumnyaWow! Perodua Lancar Axia Versi Baharu Inspirasi SUV
Artikel SeterusnyaSatu-Satunya Tetamu Berhijab Penuh! Neelofa Curi Tumpuan Fesyen Dunia
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.