Mengejutkan! Menerusi sumber laporan portal dari Indonesia, sebuah syarikat pengurusan artis, QQ Production dikatakan telah membuat laporan polis terhadap pelakon Baim Wong.

Didakwa Langgar Perjanjian 

Selain Baim, seorang lagi pelakon iaitu Lucky Perdana turut terlibat dalam dakwaan melanggar perjanjian kerjasama dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jakarta. Terdahulu, Baim atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim, 38, sepatutnya menjalani proses penyiasatan di Balai Polis Jakarta pada Isnin lalu namun pelakon ini yang juga popular di Malaysia gagal menghadirkan diri.

Nafi Terima Maklumat 

Namun begitu, menurut peguam Baim Jamaludin Fakaubun pelakon itu tidak menerima sebarang maklumat berkaitan perkara itu dan lebih mengejutkan hanya baru tahu mengenainya.

“Setakat ini, Baim Wong tidak menerima apa-apa surat saman daripada polis dan saya baru sahaja tahu hal tersebut hari ini.Kebiasaannya kalau surat sudah sampai di tangan, dia akan kirimkan kepada saya,”

Terdahulu, QQ Production dilaporkan mengalami kerugian besar selepas kedua-dua pelakon ini melanggar kontrak perjanjian.