Siapa yang tak kenal dengan Raja Bollywood, Shahrukh Khan (SRK) yang agak popular di kalangan peminat kerana penampilannya. Terbaru SRK terlihat sangat teruja selepas dia menaik taraf telefon pintarnya. Menerusi kapsyen yang ditulis di Instagram, SRK menyatakan kegembiraannya terhadap telefon pintar barunya.

Dalam posting tersebut, SRK mengambil gambar selfie sambil memaparkan telefon pintar barunya iaitu iPhone 11 Pro Max, yang mula dijual di India pada hari ini Jumaat (27 September 2019). Superstar terkenal itu mengambil selfie dengan menggunakan iPhone X nya, di mana dia sudah menaik taraf kepada iPhone 11 Pro Max, siri paling teratas untuk Apple 2019.

Umumnya, SRK merupakan pengguna Apple yang setia. Ini telah dibuktikan apabila beliau sering memberi pujian terhadap produk Apple tertentu. Kini dia begitu teruja lagi-lagi dapat memiliki lebih awal dari tarikh jualan rasmi untuk iPhone 11.

Dalam kapsyen, Shahrukh menyatakan keseronokannya terhadap “3 kamera yang dibelakang”.

Sekiranya anda tertanya-tanya bagaimana SRK boleh mendapatkan iPhone baru sebelum jualan rasmi bermula, ada kemungkinan Apple terus menghantar model ini kepadanya secara eksklusif untuk tujuan promosi . Namun tidak ada pengesahan rasmi dari Apple, tetapi Shahrukh mengucapkan terima kasih kepada Apple dalam posting tersebut.

Melalui laman web rasmi Apple Malaysia telah kongsikan harga jualan rasmi di Malaysia yang dijual bermula hari ini, 27 September. iPhone 11 harganya RM3,399 (64 GB), RM3,599 (128GB) & RM4,099 (256GB). 11 Pro pula dijual dengan harga RM4,899 (64 GB), RM5,599 (256GB) & RM6,499 (512GB). 11 Pro Max berharga RM5,299 (64 GB), RM5,999 (256GB) & RM6,899 (512GB).