Orang ramai terus hangat memperkatakan hubungan aktres Luna Maya dengan usahawan Faisal Nasimuddin. Lebih-lebih lagi, artis berusia 36 tahun itu diketahui seringkali berbalas komen dengan Faisal di media sosial.

Walaupun mereka mengaku sebagai kawan rapat, ramai berharap hubungan Luna dan Faisal berterusan hingga ke jinjang pelamin. Ini kerana keluarga Faisal nampaknya telah memberikan “lampu hijau” kepada Luna. Hal ini dapat dibuktikan ketika Faisal merayakan ulang tahun ke-40 nya baru-baru ini.

Ketika meraikan ulang tahunnya dengan keluarga, Faisal dilihat memberikan sepotong kek pertama kepada ibunya. Menariknya, ibu Faisal terdengar memanggil nama Luna dan memintanya tidak berasa cemburu, kerana dia diberi kek pertama oleh anaknya.

“Jangan cemburu, Luna Maya jangan cemburu,” kata ibu Faisal yang tersenyum. Momen manis ketika Faisal merayakan ulang tahunnya telah dimuat naik semula oleh akaun gosip @rumpi.manja.official.

View this post on Instagram

Emangnya ada apa sih di video ini??

A post shared by Call me MimiMoon (Official) (@rumpi.manja.official) on

Tidak dinafikan, para peminat yang menyokong hubungan Luna dan Faisal juga berasa gembira. Kerana mereka menganggap hubungan antara Luna dan Faisal sudah lebih daripada teman-teman dan diberkati oleh keluarga, malah mereka berdoa agar kedua-duanya akan berkahwin.