Surface Duo, Telefon Pintar Terkini Microsoft Dengan Dua Layar

225

Microsoft menghasilkan sebuah telefon pintar Android yang luar biasa, kerana ia mempunyai dua skrin. Produk terbaru dari Microsoft yang dinamakan Surface Duo ini diperkenalkan dalam sebuah acara bertajuk Surface Event di New York pada hari Rabu (2/10).

Dipetik dari Time, model ini mempunyai dua skrin paparan 5.6 inci dan apabila diregangkan, keluasan menjadi 8.3 inci, seperti tablet. Konsep ini hampir sama dengan telefon pintar layar lipat Samsung Galaxy Fold.

Kredit Foto: Youtube Microsoft Surface

Menariknya, Microsoft berkolabrasi dengan Google untuk membangunkan sistem Android yang akan disematkan di Surface Duo. Telefon pintar ini boleh menggunakan pelbagai aplikasi dari Gedung Google Play.

Setakat ini tiada butiran telah diberikan oleh Microsoft tentang ciri dan spesifikasi pada Surface Duo. Walau bagaimanapun, menurut laporan Wired, Surface Duo akan dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 855, tetapi elemen reka bentuk masih belum dimuktamadkan, termasuk kewujudan kamera belakang dan lain-lain.

Surface Duo dikatakan akan dilancarkan pada tahun 2020, tetapi tiada tarikh yang tepat disahkann. Microsoft mahu memberi pemaju lebih banyak masa untuk membina aplikasi baharu yang sejajar dengan Surface Duo.