Semalam, penyanyi popular antarabangsa Shawn Mendes buat pertama kali nya berada di Malaysia bagi menjayakan konsertnya bersama lebih dari 9,000 orang peminat di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.

Kejayaan konsert tersebut membuktikan Shawn masih diminati ramai biarpun hatinya kini milik Camila Cabello. Namun begitu,di sebalik kejayaan konsert itu, terdapat beberapa perkara yang menyedihkan telah berlaku dan tidak kurang juga mencuri perhatian peminat. Hangat.com rangkumkan beberapa intipati tersebut.

1Naik Bas Dari Singapura

Adalah menjadi satu kelaziman untuk para ‘die hard fans’ selebriti antarabangsa membanjiri ruangan Lapangan Terbang bagi menjemput dan mengiringi selebriti kesayangan mereka itu dari tiba dan juga pulang selepas berkunjung ke sesuatu tempat. Namun berlainan pula bagi Shawn.

Bagi peminat-peminat di Singapura, mereka ternyata kecewa kerana disaat mereka membanjiri Lapangan Terbang Changi, Singapura bagi mengiringi penyanyi dari Kanada itu terbang ke Kuala Lumpur, kelibat Shawn langsung tidak kelihatan! Ini adalah kerana kami difahamkan sebenarnya Shawn mengambil ‘jalan pintas’ untuk menaiki bas dari Singapura ke Kuala Lumpur. Bagi peminat di Kuala Lumpur pula, sudah tentu peminat di KLIA ataupun KLIA2 kecewa kerana Shawn Mendes tidak muncul.

Namun sesetengah daripada peminat tergamam apabila melihat idola mereka turun dari platform Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur sebelum bergerak ke hotel penginapannya. Wow!

2Kena Tipu Dengan Sindiket

Adalah sesuatu yang mengecewakan buat sesetengah peminat apabila tiket yang mereka beli menerusi beberapa platform sebenarnya adalah tiket palsu! Dengan harga tiket bermula daripada RM 258, RM 358 dan RM 428, dikhabarkan ramai yang terpedaya dengan sindiket haram yang menjual tiket palsu. Kesannya, mereka hanya mampu menunggu di luar Axiata Arena dan mendengar laungan jeritan peminat yang lain.

3Bersiar-Siar Di Suria KLCC Seorang Diri

Jika selebriti lain, sudah tentu akan diiringi oleh pengawal peribadi mahupun pengawal keselamatan yang menjaga mereka setiap masa. Tetapi tidak bagi penyanyi berusia 21 tahun.

Di laman sosial, peminat sibuk memperkatakan mengenai Shawn yang bersiar-siar seorang diri di Suria KLCC seorang diri! Sempat mengunjungi beberapa buah butik terkemuka serta dilihat berjalan di kawasan sekitar, sudah tentu peminat enggan melepaskan peluang merakam detik idola mereka berada di hadapan mereka.

4Kurang Ajar?

Di sebalik kunjungannya di Suria KLCC, terdapat sebuah suntingan video yang memperlihatkan Shawn enggan bergambar dan cuba melarikan diri daripada seorang peminat yang cuba mengambil gambarnya.

Dek kerana perilaku tersebut, ada yang beranggapan Shawn seperti tidak mesra dengan peminatnya dan ada juga yang menganggap peminat tersebut yang kurang ajar kerana tidak meminta izin terlebih dahulu untuk bergambar bersamanya.

Apa pun kami harap Shawn mempunyai kenangan yang manis sepanjang berada di Malaysia!