Siapa yang tidak tahu hantu Sadako? Jika anda tidak pernah dengar  hantu dari negara Jepun ini, maka anda mesti menonton filem seram ini. Filem ini merupakan francais dari The Ring (1998), yang mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada hari Khamis, 17 Oktober 2019.

Sadako, filem diarahkan oleh Hideo Nakata ini menyajikan kisah seram legenda dari Jepun. Filem ini menceritakan asal-usul hantu wanita berambut panjang yang menutupi wajahnya, yang keluar dari telaga lama dan menembusi skrin.

Ia mengisahkan seorang wanita yang merupakan seorang pakar psikologi bernama Mayu Akikawa didatangi seorang gadis kecil yang tidak mengingat siapa dia. Mayu menjaga anak itu dan perlahan-lahan bertanya latar belakangnya.

Di satu sisi, Mayu juga mempunyai adik lelaki yang merupakan seorang Youtuber. Kerana mendapat sambutang dari penonton di saluran YouTubenya, adiknya yang bernama Kazuma (Hiroya Shimizu) cuba membuat kandungan tentang penerokaannya ke tempat-tempat yang menyeramkan.

Kazuma nampaknya memasuki apartmen yang sebelum ini didiami oleh ibu kepada anak yang kehilangan ingatan tersebut. Pangsapuri itu hangus terbakar, yang kemudian membawa kepada kesan mistik yang membuatkan Kazuma mahu menyelongkar kisahnya..

Beberapa lama kemudian Kazuma hilang. Mayu berusaha keras untuk mencari di mana satu-satunya adiknya, yang dikatakan terkena sumpahan Sadako.

Dalam filem itu juga, ia diberitahu asal-usul hantu Sadako di Jepun. Sadako adalah seorang anak yang dibuang oleh seorang ibu yang merupakan seorang psikik.

Dalam sejarahnya ia menelan banyak nyawa. Termasuk rakan-rakan dari salah seorang pesakit Mayu yang meninggal kerana  Sadako.

Satu demi satu petunjuk telah dikumpulkan untuk mencari adiknya. Mayu akhirnya pergi mencari Kazuma untuk menyelamatkannya.

Akankah Mayu menemui adiknyanya? Kemudian bagaimana legenda Sadako masih terus wujud hingga ke hari ini?

Bagaimana, adakah anda tertarik untuk menonton? Khas Untuk Peminat Hangat.com, pada hari Rabu , 16 Oktober 2019, jam 9.15 malam bertempat di  TGV One Utama, kami ingin mencari pembaca bertuah untuk menonton lebih awal filem ini dengan memenangi sepasang tiket tayangan eksklusif!

Caranya anda hanya perlu ikuti langkah dan jawab soalan berikut untuk melayakkan diri anda dipilih sebagai pemenang.

Ikuti langkah-langkah ini untuk memenangi tiket!

  1. ‘Like’ Facebook Hangat.com, ikuti kami di Instagram @hangatmalaysia dan Twitter @HangatMalaysia.
  2. Kongsi artikel ini di Facebook dan Twitter anda, dan jawab soalan ini:

    Sebutkan nama pengarah untuk filem Sadako?

  3. Sertakan hashtags #HangatMalaysia #SadakoMy #TGVPictures, bersama jawapan dan pastikan post anda tidak ‘private’ dan ditetapkan kepada ‘public’.
  4. Kemudian hantar pesanan atau mesej (DM) kepada kami dengan menghantar ‘link’ posting tersebut. Jika tiada Facebook, boleh hantar menggunakan Twitter dan Instagram untuk pengesahan.
  5. Pemenang akan dihubungi pihak Hangat.com melalui Facebook anda.
  6. Pemenang dikehendaki datang menuntut tiket filem tayangan pratonton filem di  TGV One Utama pada 16 Oktober bermula jam 8.00 malam hingga 9.15 malam.
  7. Sebarang kelewatan tuntutan tiket selepas jam 9.15 malam TIDAK AKAN DILAYAN
  8. Sebarang ketidakhadiran perlu dimaklumkan secepat mungkin.