Siapa Cody Simpson? Bagi mereka yang berada di Australia mungkin mengenali jejaka ini yang dikhabarkan telah mencuri hati penyanyi antarabangsa terkenal, Miley Cyrus.

Gambar Bercumbu Buat Peminat Terkejut 

Cody,22 merupakan seorang pemuitis dan juga penyanyi telah mencuri perhatian peminat apabila gambar dia bercumbu bersama Miley,26 tersebar luas di media sosial.

Barangkali impian Cody menjadi kenyataan kerana pada sekitar tahun 2012, Cody pernah membuat pengakuan pada sesi temubual bersama Fuse yang mana ketika itu dia begitu meminati bintang Hannah Montana ini.

“Saya merupakan peminat setia Miley Cyrus. Sejak dari kecil saya mempunyai perasaan terhadapnya. Jujur saya cakap, saya tahu kesemua lagu-lagunya dan saya tidak malu mengenainya”

Pernah Menjalinkan Hubungan Bersama Gigi Hadid

Nama Cody bukanlah sesuatu yang baru di dalam dunia hiburan Hollywood.Ini kerana suatu ketika dahulu, warga Australia ini pernah menjalinkan hubungan dengan model ternama, Gigi Hadid. Sebelum hubungan pasangan ini berakhir pada 2015, Gigi pernah membuat kemunculan khas di dalam video muzik Cody yang berjudul Surfboard pada tahun 2014.

Menurut sumber, pasangan ini berpisah secara baik dan mempunyai hubungan yang baik sehingga ke hari ini. Hubungan intim Cody bersama Miley menimbulkan pelbagai persepsi netizen apatah lagi pelantun Don’t Call Me Angel itu baru sahaja berpisah dengan suaminya, Liam Hemswort dan ‘teman tapi mesra’ nya, Kaitlynn Carter.