Instagram dikenali kerana sering melancarkan fitur-fitur baru untuk perkhidmatannya. Tetapi kali ini, Instagram memutuskan untuk memadam salah satu ciri lama, iaitu tab FOLLOWING.

Seperti yang dilaporkan oleh PhoneArena, Intagram telah mula memadam tab FOLLOWING dari feed Activity pengguna. Instagram pertama kali mewujudkan fitur ini pada 2011, tetapi kehadirannya tidak mendapat sambutan oleh semua pengguna.

Kredit Foto: Phonearena

Umumnya, FOLLOWING membolehkan pengguna melihat update terbaru daripada muat naik yang telah disukai (likes) atau dikomen oleh orang yang mereka ikuti (followers). Bagaimanapun, tab itu nampaknya tidak digunakan oleh ramai pengguna. Malah sesetengah pengguna tidak menyedari aktiviti mereka dapat dilihat oleh ramai orang, jadi ia dilaporkan mendapat kritikan dari pengguna.

Instagram mengatakan, penyingkiran tab FOLLOWING akan selesai dalam masa satu minggu. Setelah selesai, feed Activity hanya akan memberi tumpuan kepada aktiviti pengguna sendiri, tidak ada maklumat tentang kandungan lain yang disukai atau dikomenkan oleh akaun yang diikuti.

Halaman aktiviti pengguna termasuk senarai orang yang suka (likes) dan mengulas (komen) pada foto pengguna.