Kak Ton atau nama sebenarnya Zaiton Hassan  antara jutawan kosmetik yang popular di Malaysia yang sememangnya mengamalkan hidup secara sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk. Kak Ton merupakan pengasas Pravenus Beauty Sdn. Bhd., memilih untuk tidak terlalu terdedah dengan media dan menjalani kehidupan normal seperti orang biasa. Mengejutkan, Kak Ton masih tinggal di rumah flat walaupun sudah lama berjaya dalam perniagaan kosmetiknya.

Pendedahan ini telah dibuat oleh anak perempuannya, Nadia Annuar yang merupakan seorang hos dan personaliti popular. Anak beranak ini ditemukan dalam temubual eksklusif bersama Editor Pengurusan NONA, Kiffy Razak di laman Youtube Majalah Nona.

Kredit Video: Youtube Majalah Nona

Menurut Nadia, ibunya baru 2 tahun berpindah ke rumah besar, sedangkan ibunya sudah lama mengecapi kejayaan dalam perniagaan namun selesa untuk tinggal di rumah flat di Shah Alam.

“Ada satu rahsia yang ingin saya kongsikan, sebenarnya ibu saya baru 2 tahun berpindah ke rumah besar ini walaupun dia sudah lama berjaya tapi masih memilih untuk tinggal di rumah flat yang kami duduk dari zaman kecil” katanya

“Itulah keselesan yang ibu saya mahukan walaupun tinggal di rumah flat. Namun kini tinggal di rumah besar, ibu sangat sunyi “

Itulah yang dikongsikan oleh Nadia yang mengagumi keperibadian ibunya yang tidak menunjuk gaya kemewahan dan perbelanjaannya kepada umum.

Dalam sisi lain, Kak Ton berkata, rumah itu banyak memberi kenangan kepadanya dan keluarga. Dia selesa tinggal di kawasan itu malah menganggap jiran sekeliling seperti keluarga sendiri dan berasa selamat.

Pakai Proton Gen2

Lazimnya, sebagai seorang yang berjaya sehingga bergelar jutawan, kebiasaanya akan bermegah-megah dengan kereta dan rumah mewah. Sebaliknya terjadi pada Kak Ton yang memilih untuk bersederhana dengan tidak memandu kereta mewah. Difahamkan Kak Ton hanya memiliki sebuah kereta proton Gen2.

“Mami rasa kalau pandu Gen 2 atau Mercedez, kalau kita duduk,  pasti sampai sama juga kan?”

Ketika tinggal di rumah flat, Kak Ton sangat menghargai orang sekelilingnya dan tidak mahu mereka merasa kekurangan sekiranya jika bermegah-megah dengan kehidupan dunia yang serba mewah.

Netizen Mahu Jutawan Kosmetik Contohi Kak Ton

Beliau seorang jutawan yang sangat disegani kerana tidak seperti jutawan lain yang gemar menunjukkan aset kemewahan masing masing. Jika dilihat ruangan komen, ramai yang kagum dengan keperibadian Kak Ton.

Dalam banyak-banyak komen, ada juga di antara mereka yang mahu para jutawan kosmetik yang suka menunjuk-nunjuk mencontohi Kak Ton.

Alangkah bagusnya, jika semua jutawan dalam Malaysia seperti Kak Ton. Bagi mereka, biarlah hidup sederhana dan paling utama fokus dengan kerja. Mereka ni semua jutawan, tapi ada kelas tersendiri.