Mengejutkan! Itulah antara komen-komen dari peminat dan sahabat kepada pelakon verstail, Amyza Adnan selepas berkongsi khabar berita yang menyedihkan mengenai suaminya,Khairil Idzhar Md Nazir yang diserang angin ahmar.

Fokus Pada Suami

Perkongsian yang dibuat Amyza di laman Instagram sebentar tadi turut memohon maaf kepada semua pihak yang pernah menggunakan khidmatnya sebagai seorang pelakon dan pengacara kerana tidak dapat berkongsi aktiviti perjalanan seninya itu kerana ingin memfokuskan pada suaminya yang sedang jatuh sakit.

Dedikasi Ucapan Sempena Ulangtahun Perkahwinan 

Di kesempatan itu, bersempena dengan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke -16 tahun. Amyza turut mendedikasikan ucapan khas but suaminya yang tercinta. Luah pelakon itu,kesetiaan dan sayangnya kepada Khairil tidak akan pernah pudar meskipun suaminya akan ditakdirkan lumpuh.

Malah dia turut berterima kasih kepada suami kerana berkesempatan untuk menyanyikan lagu istimewa mereka sejak awal perkenalan sebagai hadiah untuk ulangtahun perkahwinan mereka.

“Semoga Allah pegang hati ini untuk tidak berpaling,untuk tidak lelah menjaga,memanja,menyayangi,mencintai b. walaupon b stroke,doa love tetap b suami dan ayah kepada anak-anak love di dunia dan sehingga ke jannah nanti. dan.. terima kasih untuk lagu nyanyian baby. ini lagu masa kita bercinta kannnn. thank you nyanyi kan lagu and record lagu ini for me.”

Rata-rata peminat membanjiri ruangan komen Amyza dengan doa untuk kesihatan suaminya selain mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka hingga ke akhir hayat. Amyza dan Khairil telah mendirikan rumahtangga sekitar tahun 2004 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Andre Mikhail,13 dan Andrian Adam,11.