Masyarakat Muslim memang gemar melancong ke luar negara bagi merasai sendiri pengalaman budaya baharu serta meneroka bandar-bandar yang belum dikunjungi sebelum ini.

Ternyata, salah satu aspek yang terpenting bagi masyarakat Muslim adalah mengetahui adanya pilihan makanan halal di negara yang bakal dilawati, terutamanya bagi mereka yang mengadakan lawatan bersama keluarga.

Agoda, salah satu platform percutian digital, berkongsi maklumat serta inspirasi berkenaan bandar-bandar di dunia yang menawarkan pelbagai jenis makanan halal dan aktiviti yang boleh dinikmati di sana.

London, England

Kota London bukan sahaja terkenal dengan kesenian dan galerinya, malahan dengan mercu tanda bersejarah seperti Istana Buckingham dan The Houses of Parliament
Dengan populasi penganut Islam lebih daripada 1 juta, kota London juga merupakan kota yang paling mesra Islam di Eropah. Makanan halal dari pelbagai negara Muslim
di dunia boleh didapati di sini seperti makanan dari negara Pakistan, India, Arab and Afrika.

Kredit Foto: Evening Standard

Pilihan makanan halal di sini termasuk Liman Restaurant yang memang terkenal dengan makanan Arabnya, Stax Diner di Jalan Carnaby yang menawarkan makanan ala-Amerika seperti burger dan wafel halal, serta Pie Republic yang menyediakan pai British halal.

Nikmati percutian di kota London sepenuhnya dengan menyertai London by night 90-minute open top bus tour yang boleh ditempah melalui Aktiviti untuk Dilakukan
pada aplikasi Agoda.

Vienna, Austria

Vienna, ibu kota negara Austria dan bandar terbesar di negara ini yang kaya dengan budaya dianggap sebagai bandar paling sesuai didiami di dunia. Dengan legasi musik klasiknya yang berusia ratusan tahun, kota Vienna menawarkan pelbagai jenis tarikan pelancongan serta aktiviti untuk seisi keluarga.

Foto: Trip Advisor

Aplikasi Agoda dapat memberikan panduan berkenaan taman-taman yang cantik, zoo tertua di dunia, tempat membeli belah yang hebat, konsert-konsert klasik, masjid-masjid yang indah serta pilihan makanan halal yang menyelerakan dari santapan kasual sehingga ke mewah. Pertimbangkan Turkis Oriental Food dan Daily Imbiss sebagai restoran halal yang harus dikunjungi di dalam jadual percutian anda.

Rom, Itali

Ibu negara Itali, Rom adalah sebuah kota yang kaya dengan artifak kuno serta monumen bersejarah yang berabad lamanya yang perlu di lawati sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Dari Colosseum yang mengagumkan sehingga ke Forum Roman, dan dari Air Mancur Trevi sehingga ke Muzium Vatikan, saksikanlah seni bina dan kesenian yang menakjubkan di setiap tempat.

Frigidarium, Kredit Foto: An American In Rome

Rom juga terkenal dengan pelbagai restoran halal serta kudapan yang menyelerakan seperti gelato (aiskrim) Itali yang terkenal. Singgahlah di kedai gelato halal yang berasaskan ramuan semula jadi, Frigidarium untuk menikmati pelbagai jenis perisa yang ditawarkan di sana.

Paris, Perancis

Kota Paris yang terkenal dengan mercu tanda Eiffel Tower adalah satu lokasi yang terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan, memandangkan banyak benda menarik yang boleh dilihat, dinikmati dan dimakan di sini.

Penerokaan jalan-jalan menarik, lawatan ke muzium seperti Louvre atau Sacre- Ceour Basilica yang terkenal dengan keindahan seni binanya dan pencarian pastri
lazat menjadi lebih mudah dengan penggunaan Panduan Bandar Paris Agoda.

Kashmir House , Kredit Foto: Fork

Paris mempunyai komuniti Islam yang sudah lama menetap di sana. Maka, tidak menghairankan ia mempunyai lebih daripada 100 restoran halal yang menawarkan
dari santapan mewah sehingga ke makanan bawa pulang. Dua buah restoran halal yang harus dikunjungi adalah Kashmir House yang menyajikan masakan Pakistan yang lazat, dan Sizin bagi masakan Turki.

Amsterdam, Belanda

Kehebatan campuran bangunan-bangunan bersejarah dan seni bina kontemporari membuatkan Amsterdam sebuah kota yang menarik untuk bersiar-siar sama ada berjalan kaki, berbasikal dan menaiki bot di sepanjang terusan. Ibu kota Belanda ini mempunyai komuniti Islam yang besar di kerana Islam merupakan agama kedua terbesar di negara tersebut. Ini menjadikan pencarian makanan halal sangat mudah. Grillroom Shoarma dan Bazaar Amsterdam menawarkan pilihan makanan halal yang lazat.

Grillroom Shoarma, Kredit Foto: Tripadvisor

Jelajahi Amsterdam menggunakan Aktiviti untuk Dilakukan dalam aplikasi Agoda yang menawarkan pelbagai aktiviti seperti melayari terusan pada waktu malam dan lawatan ke Muzium Van Gogh – aplikasi tersebut turut membolehkan anda membeli tiket dan melangkaui barisan yang panjang di kaunter tiket.

Artikel SebelumnyaPeminat Sebak! Amyza Adnan Dedah Suami Diserang Angin Ahmar
Artikel Seterusnya3 Hal Perlu Diketahui Tentang ‘Dark Mode’ Di Instagram
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.