Restoran makanan segera, Kentucy Fried Chicken (KFC) Malaysia kini memperkenalkan kembali menu yang diinspirasikan dari negara Thailand, Sawadee Crunch yang boleh didapati di kesemua cawangan mereka bermula pada hari ini.

KFC Sawadee Crunch Kembali

Kali terakhir KFC Sawadee Crunch diperkenalkan adalah pada sekitar tahun 2017. Kini ianya kembali untuk menggamit selera rakyat Malaysia yang menampilkan keistimewaan dan kesegaran perisa dari Thailand.

Menu ini yang hanya boleh didapati untuk masa terhad telah enggabungkan kelazatan resepi KFC Hot & Spicy bersama keunikan rasa dan aroma Thai yang dihasilkan daripada campuran rempah dan cili Thai eksotik.

Untuk yang anda ingin mendapatkan menu istimewa ini, KFC Sawadee Crunch boleh didapati di dalam hidangan individu dengan pilihan kombo 2-pc dan 3-pc serta hidangan Box Meal. Juga terdapat di dalam pilihan Bucket untuk hidangan berkumpulan.Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keenakan KFC Sawadee Crunch!