Sejak kebelakangan ini, bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko telah mendedahkan pelbagai isu perkahwinannya bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada tahun lalu. Lebih mengejutkan wanita Rusia ini turut tampil di media massa buat kali pertama selepas tercetusnya beberapa kontroversi sebelum ini.

Jual Demi Kandungan 

Terbaru,memetik laporan sebuah portal, Rihana mendedahkan bahawa dia terpaksa menjual cincin perkahwinannya di saat kandungannya berusia 4 bulan. Dikhabarkan cincin rekaan Jacob Arabo yang dijual itu sama seperti Victoria Beckham bernilai £ 203,000 bersamaan RM1.05 juta).

Jelasnya lagi, dia terpaksa berbuat demikian kerana memerlukan wang tunai bagi menampung bil perubatannya di Switzerland yang mana ketika itu berisiko untuk kehilangan bayi yang dikandungnya.

Rahsia Nilai Jualan

Namun begitu, Rihana merahsiakan nilai sebenar jualan cincin itu dan hanya memaklumkan nilainya tiga kali kurang daripada harga sebenar.

“Saya tidak akan menyatakan harga saya menjualnya, tetapi ia adalah tiga kali kurang daripada kosnya,” kata Oksana kepada Daily Mail Britain.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Rihana telah melahirkan seorang bayi lelaki yang dinamakan sebagai Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 21 Mei lalu dan kini berusia 4 bulan.

Malah bayi yang dikatakan sebagai waris kerabat diraja Kelantan itu telah berdepan dengn beberapa komplikasi sehingga membuatkan Rihana menuntut sejumlah naskah termasuk sebuah rumah agam yang berharga RM41.2 juta