Mentor Milenia 2019 baru saja disiarkan di TV3 dan juga dilaman Youtube TV3MALAYSIA Official pada Ahad lalu (6/10). Program ini menyaksikan lima penyanyi terkenal, Akim Ahmad, Hazama, Black Hanifah, Stacy dan Ernie Zakri bertungkus-lumus memilih peserta untuk menjadi protege dalam program itu.

Untuk episod pertama, akan dipaparkan rakaman suasana kira-kira 1,400 peserta yang pergi menjalani uji bakat di dua lokasi.

Kredit Video: Youtube TV3MALAYSIA Official

Pasti ramai yang dah tengok video berkenaan. Walaubagaimanapun, agak terkejut tatkala membaca respons penonton di Youtube berkenaan cara Black ketika memberi komen terhadap peserta Mentor Milenia baru-baru ini.

Rata-rata mengkritik tindakan Black yang agak ‘Over’ dan dikatakan keterlaluan ketika menjurikan Mentor Milenia pada episod tersebut.

Tapi, menurut pemerhatian kami, Black memang bersifat sebegitu yang suka bergurau sejak musim yang lalu lagi. Dari sudut posistif,  mungkin Black hanya mahu memeriahkan suasana, dan mahu penonton terhibur dengan gelagatnya. Apa kata anda?

Artikel SebelumnyaRihana Oksana Dedah Terpaksa Jual Cincin Perkahwinan Untuk Bil Perubatan
Artikel SeterusnyaLiza Khairudin Buat Tuntutan Terhadap Bekas Majikan
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.