Terokai sebuah pengalaman yang dipenuhi dengan keseronokan pada bulan Mac ini di Nickelodeon Slime Time, acara unik yang diisi dengan lendiran (slime) di Malaysia buat julung kalinya dibawakan di Sunway Pyramid.

Para keluarga dan kanak-kanak boleh menantikan kedatangan acara slime unik ini yang bersifat interaktif dan percuma bagi aktiviti-aktiviti dan permainan terpilih yang akan bertempatkan di LG2 Orange Concourse, Sunway Pyramid dari Mac 15- 31.

Acara bertemakan slime yang unik ini meliputi dua versi permainan: yang pertama merangkumi aktiviti dalam persekitaran yang bersih, dan yang kedua merangkumi aktiviti dalam persekitaran yang lebih lasak dan dilumuri dengan slime!

Slime Time akan menghoskan pelbagai aktiviti seperti ‘Slime Shower, ‘Slime Escape Room’, ‘Slime Blaster’, ‘Slime Workshop’ dan ‘Slime Slide’. Perserta dan rakan-rakan boleh merasakan pengalaman yang lebih hebat dan bersuka ria di dalam slime melalui acara ‘Slime Shower’! Acara ini boleh disertai seramai 6 orang pada masa yang sama dan memerlukan untuk prapendaftaran.

Para perserta digalakkan membawa pakaian salinan dan menanggalkan kasut sebelum menyertai ‘Slime Shower’ ini. Bagi yang menggemari cabaran, Slime Escape Room ialah pilihan yang tidak harus dilepaskan!Peserta akan diberikan satu minit untuk menyelesaikan klu yang disediakan dan mencari kunci untuk melepaskan diri – peserta yang dapat menyudahkan cabaran tersebut dalam masa yang ditetapkan akan memenangi hadiah istimewa.

Bagi mereka yang berasa kreatif, ruang luar Slime Escape Room merangkumi dinding mural yang kompleks dengan grafik menarik untuk diisi dengan imaginasi anda. Golongan dewasa dan kanak-kanak boleh mengambil dakwat berwarna yang disediakan dan mewarnakan mural tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

Kanak-kanak juga boleh mencuba kebolehan mereka untuk membidik di Slime Blaster, sebuah permainan tembakan slime dengan ‘Nickelodeon Hyper blaster’
untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik. Peserta juga berehat sementara daripada kesibukan aksi-aksi dan mempelajari cara untuk menghasilkan slime mereka sendiri menerusi Bengkel Slime, yang hanya akan diadakan pada setiap hujung minggu dan prapendaftaran harus dibuat terlebih dahulu.

Akhir sekali, peserta bole melengkapkan pengalaman unik ini dengan acara ‘Slime Slider’ yang dibuka untuk kanak-kanak daripada pelbagai lapisan umur untuk berseronok di atas gelongsor! Nantikan kedatangan acara Nickelodeon’s Slime Time:

  • Sunway Pyramid, Kuala Lumpur, 15 – 31 Mac 2019 at Orange Concourse

  • Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur, 12 – 28 April 2019

  • Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, 9 – 18 Ogos 2019