Alhamdulillahhhh..sekian lama ku nantikan. Hanya Allah tahu betapa gembiranya berita ini ku terima.

ALLAH ambik suamiku…
ALLAH gantikan dengan kegembiraan buat adik ku… @bettyrahmad
TERIMA KASIH ALLAH.

Itulah ungkapan yang diluahkan oleh Erma Fatima buat adiknya yang juga pelakon, Betty Rahmad apabila beliau mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka yang dikenali sebagai Ardy Damis

Ardy dikatakan telah melamar Betty malam tadi di sebuah restoran dengan memberi kejutan kepadanya serta turut menyarungkan cincin kepada Betty.

Love you fiancé ❤️ @bettyrahmad

A post shared by Ardy Damis (@ardydamis) on

Sebelum ini, negara sekali lagi dikejutkan dengan berita penceraian Erma Fatima dengan Bade Hj Azmi selepas 26 tahun mendirikan rumah tangga.

Selain Betty, Datin Paduka Umie Aida juga merupakan adik kepada pelakon dan pengarah Erma Fatima. Betty sebelum ini turut memberi petunjuk mengenai bakal suaminya itu apabila terdapat beberapa gambar mereka di Instagram masing – masing.

Peminat dan rakan-rakan artis terus menghujani ucapan tahniah buat Betty di Instagram nya dan Betty turut meminta agar mendoakan yang terbaik buat mereka.

Tahniah Betty Rahmad! Semoga segala urusan anda berdua dipermudahkan-Nya.

Sumber Betty Rahmad 

1
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleNoh Salleh Bawa ‘Angin Kencang’ Jelajah 4 Negeri
Next articleTeman Baik Tak Sabar Lihat Afgan & Rossa Ke Jinjang Pelamin
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress