Sebelumnya, beredar khabar Rossa sudah dilamar pelantun “Sadis” itu. Khabar itu tercetus setelah foto-foto mesra Rossa dengan Afgan yang nampak sedang memamerkan cincin pertunangan beredar.

Seorang rakan baik dari Afgan dan Rossa, Bubah Alfian, menyokong penuh apabila kedua penyanyi tersebut ada jalinkan hubungan serius. Hal tersebut sudah dia lakukan dengan mencipta hashtag #afros yang menjadi popular di media sosial.

Bubah bukan mahu mensensasikan hashtag tersebut. Tapi dia melihat baik Afgan mahupun Rossa kedua-duanya sama-sama memberikan sikap yang baik antara satu sama lain.

“Kerana mereka saling menyayangi, saling mencintai, dan saling memahami,” kata Bubah Alfian.

Walaubagimanapun, Bubah tidak dapat memastikan soal perasaan yang dimiliki oleh Rossa dan Afgan. Yang pasti, lelaki yang berprofesi sebagai makeup artis itu melihat kedua penyanyi itu memiliki keserasian.

“Itu hakikatnya lihat mereka berdua, tapi mereka memang pasangan yang ideal, sesuai betul mereka berdua disatukan,” kata Bubah Alfian.

Malah dia menyatakan sokongan apabila Afgan dan Rossa mampu membawa hubungan ini ke arah yang lebih serius lagi.

“Saya sebagai ketua suku #afros, hehe, saya berharap mereka akan ke jenjang pernikahan,” tambah Bubah Alfian.

Sumber Liputan6

0
like
1
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleTahniah! Betty Rahmad Bakal Mendirikan Rumah Tangga
Next articleNetizen Samakan Sharnaaz Ahmad Dengan Watak Kartun
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.