Tidak perlu diperkenalkan lagi! Wanita lincah ini sering sahaja mencetuskan kontroversi dengan iklan yang dianggap berunsur lucah. Anak pelakon veteran ini kembali mencuri perhatian warga media sosial.

Tanpa rasa segan dengan aksi goyangnya, Liana Rosli tampil dengan sebuah video yang lebih menggiurkan dalam Instagram. Video ini hanya sekadar gimik bagi mempromosikan produk keluaran sendiri, JUS SWEETDARA COLLAGEN.

Menerusi video di Instagram berdurasi 50 saat yang sudah ditonton ramai lebih 45,000 kali, Liana anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri ini kelihatan menggoyangkan dada dan pinggulnya mirip seperti sebuah tarian singa.

Tidak seperti dahulu yang dia sering dikutuk, kali ini pengikut Liana di laman sosial itu rata-rata tidak menghukum video berkenaan, malah berasa kagum dengan gaya penyampaiannya.

0
like
0
love
1
haha
0
wow
0
sad
1
angry