Suatu tindakan yang sangat melampau dan sangat memalukan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaitkan pelakon Eyka Farhana dengan video yang sangat mengaibkan ini.

Eyka dalam kenyataannya di Instagram menegaskan bahawa dia masih waras dan belum lagi ‘GILA’ untuk membuat perkara terkutuk dan tidak bermaruah seperti ini.

Eyka meluahkan rasa sedih kerana hal ini berlaku di saat seluruh keluarga masih berduka dengan pemergian arwah kakaknya.

“Amat sedih perkara ini ditimbulkan di saat saya dan keluarga masih bersedih dengan pemergian arwah kakak. Saya memberi amaran kepada mereka yang bersikap kurang ajar ini agar menarik kembali video mengaibkan ini dan tidak mengaitkan ia dengan diri saya”

Dituduh Layan Tumblr Tonton Video

Dalam pada itu ada juga netizen yang menuduh Eyka kantoi mempunyai akaun Tumblr untuk melihat video-video porno Tumblr sebuah laman media sosial yang digunakan oleh pengguna untuk memuat naik video dan gambar. Difahamkan tiada sekatan gambar dan video lucah dalam laman ini.

Dalam kes sebegini, Eyka tak salah membuka sendiri laman tersebut bagi mendapat tahu hal sebenar dan menyiasat siapa dalang disebalik perkara terkutuk ini. Bukan bermaksud dia sengaja mahu ke laman tersebut untuk menonton video-video yang tidak senonoh.

Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi berang mengenai penyebaran video lucah yang mirip wajahnya.

Video itu telah dimuat naik pada Julai lalu dan kini sudah mendapat lebih 11,000 tontonan. Dalam pada itu, Eyka berkata, dia akan membuat laporan polis tentang perkara tersebut dalam masa terdekat.

Sumber Mstar

0
like
2
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleWow! Tunang Mawar Rashid, Raf Yaakob Tayang Tubuh Sebelum ‘Sado’
Next articleSegaknya Putera Sulung Azrinaz, Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel
Iskandar Lee
Menceburi dunia hiburan lebih 10 tahun dan suka fesyen. Terbiasa untuk mengkritik tentang kehidupan selebriti.