Nama Betty Rahmad sebenarnya bukanlah asing dalam dunia hiburan. Adik bongsu kepada Erma Fatima dan Umie Aida ini sering dilihat bersama pelakon popular Nora Danish yang dianggap sebagai teman baik. Sememangnya Betty & Nora berkawan baik, malah sebelum Nora dikenali.

Menurut satu laporan dari Utusan Online, Betty akui hubungan yang terjalin dengan Nora bukan sebulan dua tetapi sudah bertahun lamanya.

“Memang kami berkawan baik, malah sebelum dia dikenali. Bukan sahaja Nora tetapi rakan-rakan artis lain juga turut menjadi rakan baik saya. Hubungan yang terjalin bukan sebulan dua tetapi sudah bertahun lamanya. Memang saya hairan dengan pendapat sesetengah orang yang mengatakan saya cuba menumpang populariti mereka,” katanya.

Khabar Angin Betty dan Nora Bergaduh

Rata-rata netizen yang mengikuti perkembangan dua selebriti popular ini seringkali terlihat bersama menerusi laman sosial seperti Instagram dan twitter, lebih-lebih lagi mereka turut berlakon sama dalam drama rantaian Mak Cun.

Pieces of me ☺️ #bali #indonesia #ootd

A post shared by ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀Betty Rahmad (@bettyrahmad) on

Namun sejak Nora Danish melangsungkan perkahwinan dengan suaminya Nedim, seolah-olah hubungan mereka berdua seperti renggang. Ada desas-desus mengatakan berlakunya pertelingkahan antara mereka berdua sehinggakan mereka jarang terlihat bersama di mana-mana acara mahupun di lama sosial.

Isu ini terus menjadi tanda tanya selepas Nora Danish memuat naik gambar menyambut ulangtahun persahabatan 8 teman baiknya dengan kapsyen:

Happy 10th year of anniversary girls 💜 love u lots. (and yes raisa is one of us 🤣)

Happy 10th year of anniversary girls 💜 love u lots. ( and yes raisa is one of us 🤣)

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

Namun wajah Betty tidak disertakan sekali sehinggakan ramai yang bertanyakan ke manakah Betty dalam hidup Nora. Hangat.com sendiri tak berani nak buat spekulasi jika mereka benar-benar bergaduh sebelum ini kerana tiada bukti yang sahih.

Ternyata Mereka Masih Akrab

Hampir 5 bulan, sejak pernikahan Nora tidak bergambar sama, kini Betty terlihat memuatnaik gambar bersama Nora dan suami Nedim di sebuah Majlis Pernikahan pelakon Putri Najuwa pada bulan September yang lepas. Memandangkan ramai yang tertanya-tanya apa dah jadi dengan hubungan mereka, ini kapsyen yang ditulis;

“Hi sis, lama tak nampak sis dengan @noradanish @boss_ned “………is the caption

“Hi sis, lama tak nampak sis dengan @noradanish @boss_ned “………is the caption 🤷🏻‍♀️😂

A post shared by ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀Betty Rahmad (@bettyrahmad) on

Gambar ini mendapat reaksi dari peminat termasuk suami Nora sendiri, Nedim dengan meluahkan rasa gembira kerana mereka masih akrab dan tidak bermusuh. Kenyataan dari Nedim sendiri mengukuhkan lagi bahawa persahabatan Betty dan Nora masih utuh.

Selain itu, di IG stories Nora, terlihat mereka ada makan malam bersama, jadi tiada isu yang mengatakan mereka bermusuh.

Nora Terharu Betty Di lamar

Menerusi Instagram Nora, dia meluahkan rasa terharu selepas dapat perkhabaran Betty bakal berkahwin tidak lama lagi. Nora sendiri tidak sabar untuk bersama-sama Betty membuat persediaan perkahwinannya bersama lelaki pilihan, Ardy Damis.

Walaubagaimanapun, Hangat.com sendiri percaya bahawa sudah menjadi lumrah jika rakan baik kita selepas berumah tangga, maka memang jarang berjumpa. Apa-apa pun tetap respek hubungan yang macam yang ini, tak hipokrit!

 

1
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleKereta Mewah, Telefon Bimbit & Sijil Kedoktoran Boy Iman Dirampas 
Next articlePercaya Atau Tidak Wanita Cantik Ini Berumur 50 Tahun
Iskandar Lee
Menceburi dunia hiburan lebih 10 tahun dan suka fesyen. Terbiasa untuk mengkritik tentang kehidupan selebriti.