Dalam beberapa minggu ini, industri hiburan dikejutkan dengan berita penyebaran gambar dan video lucah artis yang kini tular di media sosial.

Zulin Aziz Pula Menjadi Mangsa

Selepas Pablo Amirul, Anding dan Eyka Farhana, semalam giliran pengacara dan pelakon Zulin Aziz pula menjadi mangsa. Tular di Twitter apabila gambar Zulin telah disunting menjadi gambar lucah oleh individu yang tidak bertanggung jawab.

Aku Rasa Budak Ni Gila – Zulin

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz 28, terkejut dan berang dengan gambar beliau yang dijadikan sebagai bahan melepaskan nafsu dan tidak tahu mengapa individu berkenaan berbuat demikian yang yang disifatkannya sebagai tidak waras.

“Aku dapat tahu siapa kau..memang tak ada aku nak bagi muka.Melampau!”

Tinjauan Hangat.com mendapati akaun berkenaan masih lagi mengikuti akaun peribadi milik Zulin walaupun sudah dihalang dari mengikuti perkembangannya.

Model Muslimah Turut Dijadikan Bahan Melepaskan Nafsu

Selain Zulin, pada akaun pengguna yang menyebarkan gambar tersebut juga dilihat telah menyunting beberapa gambar model muslimah dalam dan luar negara. Turut menjadi mangsa adalah Hana Tajima.

Sementara itu, Zulin berharap kepada semua peminat-peminatnya agar dapat membantunya dengan membuat laporan di Twitter agar akaun palsu tersebut dapat dipadamkan.

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleLuahan Pedih Dari Peminat Selepas Indah Tersingkir AF Megastar
Next articleMuat Naik Gambar Liang Lahad Berair, Ini Peringatan Nora Ariffin
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress