Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran melangsungkan resepsi kedua pernikahan mereka di Bandung, Jawa Barat pada hari Ahad (8/10/2017). Resepsi pernikahan kedua tersebut dilangsungkan di Intercontinetal Hotel & Resort, Dago. Resepsi tersebut dilakukan dengan konsep semi outdoor.

8 september 2017 🙏🏼 . . . #BAE #8october17

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on

Seperti diketahui, Bella dan Engku Emran telah rasmi bernikah di Kuala Lumpur, pada 8 September 2017. Akad nikah Bella dan Engku Emran berlangsung secara tertutup, hanya untuk keluarga dan teman-teman dekat.

#bellaemranwedding #bellaemran #BAE

A post shared by WEDDING INSPIRATION & IDEAS (@weddingtrendingupdate) on

Menurut laporan dari Bintang.com, ada 5 perkara hal dalam acara resepsi kedua, pernikahan Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran. Berikut ulasannya.

Engku Emran Tak Bercakap

Nampaknya Emran keluar dari kereta paling akhir, selepas keluarganya terlebih dahulu dan dia bergegas masuk ke lokasi acara. Bella juga nampaknya tidak memberi sebarang komen mengenai suaminya, di mana Emran seperti tidak mahu memberi kenyataan dengan media tempatan. Artikel ini ditulis berdasarkan laporan dari media luar negara lalu diterjemah ke Hangat.com sahaja secara eksklusif, jika anda membacanya dari portal lain bermaksud artikel ini telah di plagiat oleh portal yang mahu mengaut keuntungan.

Undangan Dari keluarga dan sahabat

Resepsi kedua, pernikahan Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran berlangsung dengan konsep semi outdoor. Menurut Bella, hal tersebut diharapkann boleh membuatkan tetamu undangan lebih santai. Lebih dari 300 undangan yang hadir, hanya untuk keluarga dan teman rapat sahaja.

< #bellaemran wedding > #ceritasul88 #whatsul88did #managerlife #weddinginspiration 📷 : @mulanisanjay

A post shared by Sulung Landung (@sulunglandung) on

Tetamu Istimewa, Amy Search

Ketika berlangsung, tetamu undangan dikejutkan dengan kehadiran penyanyi legenda, Amy Search. Amy datang dengan mengenakan busana khas Melayu dan menyanyikan lagu Isabella. Lagu tersebut, pernah dikatakan oleh Bella merupakan lagu kegemaran ibunya. Bahkan nama Bella diambil dari judul lagu Amy Search, Isabella.

Betty Rahmad & Nora Danish

Pelakon popular Nora Danish dan Betty Rahmad turut hadir dalam majlis tertutup ini. Gambar mereka berdua disamping suami Nora, Nedim terlihat menerusi gambar beramai-ramai bersama pengantin pada acara gilang-gemilang tersebut. Mereka mengenakan busana serba putih yang cukup anggun dan stunning.

Darah manis 😍 #BAE #BellaEmran @bettyrahmad

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

Alasan Resepsi di Bandung

Laudya Cynthia Bella punya alasan tersendiri, kenapa resepsi kedua pernikahannya dilangsungkan di Bandung, bukan di Jakarta. Padahal, diketahui, Bella menjalani kariernya di Jakarta. Apalagi teman dan keluarganya pun ramai yang tinggal di Jakarta.

“Aku lebih santai dan sebab itu pilih Bandung, kerana aku dilahirkan di Bandung. Aku mahu mengenali tempat kelahiranku kepada keluarga suamiku (Engku Emran),” ujar Laudya Cynthia Bella.

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleTOMBIRUO: 5 Hal Yang Anda Patut Tahu Sebelum Menonton Filem Ini
Next articleLuahan Pedih Dari Peminat Selepas Indah Tersingkir AF Megastar
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.